Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini permainan aneh untuk anda yang 'kemaruk' dan 'geram' picit jerawat

Jika anda jenis yang 'kemaruk' memicit jerawat, alat ini pasti membuatkan anda kesukaan. Malah, boleh melangsaikan rasa 'geram' anda sehingga 'bernanah'.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini permainan aneh untuk anda yang 'kemaruk' dan 'geram' picit jerawat

Pop It Pal untuk mereka yang 'geram' mahu picit jerawat. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 22 Feb 2018 07:13PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 11:11PM

AMERIKA SYARIKAT: Jika anda jenis yang 'kemaruk' memicit jerawat, alat ini pasti membuatkan anda kesukaan. Malah, boleh melangsaikan rasa 'geram' anda sehingga 'bernanah'.

Sekarang anda tidak perlu lagi menunggu jerawat timbul pada muka anda untuk memicit jerawat.

Ini kerana sepasang suami isteri rakyat Amerika, Billy dan Summer Pierce, melancarkan alat yang diberi nama 'Pop It Pal' - mainan pertama di dunia yang lengkap dengan 15 'jerawat' dan anda boleh memicitnya sepuas hati untuk mengeluarkan 'nanah'.

Menurut pasangan itu, mereka memutuskan untuk mencipta alat tersebut setelah menyedari bahawa terdapat trend pelik di media sosial, di mana ramai orang gemar menonton video-video jerawat dipicit, lapor Daily Mail.

Setelah puas memicit alat 'jerawat' itu dan mengeluarkan semua 'nanah', ia boleh diisi semula dengan 'nanah' baru.

Setiap pek alat tersebut disertai sekali sebotol 'nanah', lapor Daily Mail.

Menyifatkannya sebagai 'mainan idaman mereka yang gemar memicit jerawat', pasangan berkenaan mencipta alat itu dengan memastikan 'nanahnya' boleh diisi semula berkali-kali.

"Kami gemarkan tabiat kotor (picit jerawat) yang ramai orang tidak suka. Ya itulah obsesi unik kami," menurut Encik Billy di lamannya.

"Pada satu hari, saya sedang memandu bersama isteri saya. Beliau memberitahu saya 'Alangkah baiknya jika kita boleh mencipta sesuatu seolah-olah jerawat sebenar dan bila dipicit, nanahnya keluar dengan banyak seperti video-video yang kita tonton',"

"Jadi, saya ambil masa setahun memikirkan bagaimana untuk menjadikannya satu kenyataan," kata Encik Billy seperti yang dipetik Daily Mail.

Salah seorang pelanggan Pop It Pal, Cik Jenna McLaughlin, berkata beliau tidak boleh berhenti bermain dengan "alat yang menjijikkan tapi memuaskan itu".

"Saya menyarankan alat itu kepada sesiapa saja yang gemar memicit benda-benda yang menjijikkan (jerawat). Bagus untuk legakan tekanan," kata Cik Jenna.

Pop It Pal diperbuat daripada silikon yang tidak membahayakan kulit dengan 'nanah' dari bahan-bahan semula jadi, menurut laman itu.

Satu lagi. Makin banyak anda memicit jerawat yang satu ini, maka anda mungkin membuatkan Billy dan Summer Pierce menjadi semakin kaya! Ini kerana setiap pek jerawat itu berharga sekitar AS$20 (S$26).

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan