Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini ‘No Woman No Cry’ menarik versi Arab, namun timbulkan reaksi bercampur-campur

Lengkap dengan jubah dan berserban, mereka beramai-ramai bernyanyi dan menari penuh bersemangat lagu ‘No Woman No Cry’.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini ‘No Woman No Cry’ menarik versi Arab, namun timbulkan reaksi bercampur-campur

(Gambar: Petikan dari YouTube)

Diterbitkan : 19 Dec 2017 07:15PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 11:28PM

BAHRAIN: Jika anda penggemar lagu-lagu raggae, khususnya dari Bob Marley, pasti dendangan ‘No Woman No Cry’ (Wahai wanita, janganlah menangis) tidak asing lagi bagi anda. Sekarang, bayangkan lagu yang sama tetapi dalam lenggok ala Arab.

Itulah yang dilakukan oleh sebuah koir yang terdiri daripada sekumpulan lelaki rakyat Bahrain.

Lengkap dengan jubah dan berserban, mereka beramai-ramai bernyanyi dan menari penuh bersemangat lagu ‘No Woman No Cry’. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga siber. Video boleh disaksikan di pautan ini.

Sebahagiannya memuji manakala sebahagian yang lain menyuarakan tentang hak-hak kaum wanita di negara itu, lapor laman RT.

Lagu itu, yang dikeluarkan pada tahun 1974 oleh Bob Marley dan kumpulan Wailers, berkisarkan tentang seorang wanita miskin yang membesar di daerah mundur di Jamaica.

Dalam lagu itu wanita berkenaan diberi jaminan bahawa keadaan akan berubah menjadi lebih baik dan meminta wanita itu supaya jangan menangis, lapor RT.

Warga siber yang memuji, menyifatkan ‘No Woman No Cry’ ala Arab sebagai “hebat”. Malah ada yang mengatakan versi tersebut adalah “versi terbaik yang pernah mereka tonton sepanjang minggu”.

Bagi yang tidak menggemarinya, mereka berasa jengkel melihat beberapa lelaki Arab menyanyi tentang nasib seorang wanita, dengan komen-komen yang menyuarakan tentang hak-hak kemanusiaan.

Ada juga yang menyindir dengan berkata ‘No Woman No Drive’ (Wahai wanita, tidak boleh memandu) mungkin tajuk yang lebih sesuai bagi versi yang didendangkan koir tersebut.

Ini kerana Bahrain, seperti kerajaan-kerajaan lain di Teluk dikenali dengan diskriminasi terhadap wanita dan hak-hak lain.

Rakyat wanita di negara itu mendapat hak untuk mengundi dan bertanding bagi memegang jawatan pada tahun 2002, namun hanya segelintir yang dapat memanfaatkan hak tersebut.

Para aktivis hak kemanusiaan wanita dilaporkan diseksa dan dijatuhi hukuman penjara yang didorong motif politik, menurut Pusat Bahrain bagi Hak Kemanusiaan. Tahun lalu, wanita Bahrain di bawah usia 45 tahun diharamkan daripada menunaikan ibadah haji tanpa mahram. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan