Impian untuk 'bermandikan' rempah ayam goreng kini menjadi kenyataan
Anda gemar makan ayam goreng KFC? Memang tidak dapat dinafikan aromanya yang boleh membuat orang ramai mengidamkan sajian itu.
JEPUN: Anda gemar makan ayam goreng KFC? Memang tidak dapat dinafikan aromanya yang boleh membuat orang ramai mengidamkan sajian itu.
Terbaru daripada cawangan KFC di Jepun ialah produk sabun dengan aroma ayam goreng KFC!
Ia menjanjikan aroma 11 rempah ratus rahsia dalam setiap salutan ayam goreng.
Para penggemar ayam goreng KFC boleh mendapatkan sabun ini apabila nama mereka dipilih dalam satu cabutan bertuah, menurut laman berita Deccan Chronicle.
KFC Jepun bekerjasama dengan syarikat Village Vanguard bagi melancarkan kempen terkininya yang berlangsung sehingga 15 November. 100 pemenang bertuah berpeluang untuk menikmati aroma ayam goreng KFC apabila sabun direndam di dalam tab mandi.
Ini bukan kali pertama KFC melancarkan produk unik haruman ayam goreng.
Sebelum ini, ia turut melancarkan krim pelindung matahari beraroma ayam gorengnya, lilin, dan juga "lip balm".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.