Images
  • xray
    Teknologi CERN. (Gambar: AFP/H)

Imbasan X-ray berwarna pertama

PARIS: Para saintis New Zealand berjaya menjalankan imbasan X-ray berwarna dan tiga dimensi ke atas manusia menggunakan teknik yang bertujuan mempertingkat bidang diagnosis perubatan. Perkara itu didedahkan makmal fizik CERN Eropah yang menyumbang kepada teknologi imbasan tersebut.

Alat baru itu yang berdasarkan X-ray tradisional hitam putih menggabungkan teknologi pengesan partikel.

“Teknik imbasan X-ray berwarna ini boleh menghasilkan gambar-gambar yang lebih jelas dan tepat serta membantu para doktor memberikan para pesakit mereka diagnosis yang lebih tepat,” menurut satu kenyataan CERN.

Ia membolehkan penghasilan gambar-gambar beresolusi tinggi.

Menurut CERN, gambar-gambar itu amat jelas menunjukkan perbezaan antara tulang, otot dan rawan, malah juga kedudukan dan saiz tumor barah.

Teknologi tersebut sedang dipasarkan oleh sebuah syarikat New Zealand, MARS Bioimaging, yang ada kaitan dengan universiti-universiti Otago dan Canterbury yang membantu menghasilkannya.

- AFP/HS/hs

Top