Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

IKEA tawar sehingga 1 tahun untuk pulangkan pembelian

Jika anda penggemar syarikat perabot IKEA, ini mungkin satu berita baik bagi anda. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2018 06:53PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 09:27PM

SINGAPURA: Jika anda penggemar syarikat perabot IKEA, ini mungkin satu berita baik bagi anda. Mulai hari ini (19 Jul), anda boleh mengambil masa sehingga setahun untuk memulangkan produk yang dibeli jika ia tidak bersesuaian.

IKEA menyatakan langkah ini membolehkan para pelanggan mengambil masa secukupnya sebelum membuat keputusan tepat untuk membeli barangan.

Cawangan-cawangan IKEA di Singapura adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara untuk mengambil pendekatan tersebut. Langkah itu juga diharapkan dapat memaksimumkan kesenangan para pelanggan.

Pendekatan IKEA ini amat berbeza sekali dengan peruncit-peruncit tempatan lain yang menawarkan antara tujuh hingga 30 hari untuk para pelanggan melakukan pemulangan atau penukaran.

Namun, ada pula peruncit yang walaupun tidak menawarkan tempoh selama itu, menyediakan cara yang mudah bagi para pelanggan pula.

Sebagai contoh, platform beli-belah online Zalora memberikan wadah untuk para pelanggan melakukan pemulangan melalui 160 stesen POP SingPost yang terletak di merata negara.

Huraian seperti Zalora dan SingPost ini terus membuat landskap perniagaan semakin sengit. Para pelanggan tetap diutamakan. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan