Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Idea cuti bagi kaum hawa: Pulau 'wanita sahaja' di Finland ini khas untuk anda!

Anda perlu rehat seketika daripada anggota keluarga ataupun teman-teman lelaki di sekeliling anda?

Anggaran Waktu Membaca:
Idea cuti bagi kaum hawa: Pulau 'wanita sahaja' di Finland ini khas untuk anda!

Gambar: SuperShe/Facebook

Diterbitkan : 14 Feb 2018 07:50PM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 07:55PM

HELSINKI, FINLAND: Anda perlu rehat seketika daripada anggota keluarga ataupun teman-teman lelaki di sekeliling anda?

Maka itu, kunjungilah pulau SuperShe di Finland yang dikhususkan hanya untuk golongan wanita.

Pengasas pulau tersebut, Cik Kristina Roth, memberitahu New York Post bahawa idea berkenaan tercetus selepas beliau bercuti untuk merehatkan diri dan minda di sebuah ashram di Calabasas, California.

Beliau mendapati bahawa wanita-wanita yang sepatutnya dalam keadaan santai menjadi terdesak untuk bersolek dan kelihatan lebih cantik dengan kehadiran kaum lelaki.

Namun, beliau berkata kepada New York Post bahawa golongan wanita di pulau SuperShe hanya perlu memberi fokus kepada diri mereka sendiri. Maka itu, mereka tidak perlulah mencantikkan diri untuk orang lain.

Meskipun idea Roth untuk mengkhususkan pulau tersebut bagi golongan wanita sahaja, beliau bukanlah seorang yang benci kepada golongan lelaki. Malah, katanya, beliau terbuka kepada kemungkinan pulau itu menjemput beberapa orang lelaki pada masa depan.

Menurut laporan The Independent, pulau tersebut mungkin membuka pintunya kepada pengunjung menjelang bulan Jun ini.

Bagi mereka yang berminat, anda harus membuat permohonan untuk jadi anggota Masyarakat SuperShe di lamannya sebelum mendapat jemputan untuk ke sana.

Anda boleh menjangkakan kegiatan-kegiatan seperti yoga, memasak secara sihat, kelas kesihatan dan bermacam-macam lagi apabila pulau tersebut dibuka kelak, kata jurucakap SuperShe kepada The Independent.

Harganya masih belum diumumkan tetapi jurucakap tersebut berkata bahawa ia mungkin tidak begitu murah, demikian menurut laporan itu. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan