Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ibu bapa perlu lebih peka simptom gejala autisme

Ibu bapa perlu lebih peka dengan tingkah-laku anak-anak mereka bagi memastikan simptom gejala autisme dapat dikesan dengan lebih awal.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa perlu lebih peka simptom gejala autisme

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 Nov 2018 02:09PM Dikemas Kini : 24 Nov 2018 02:14PM

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu lebih peka dengan tingkah-laku anak-anak mereka bagi memastikan simptom gejala autisme dapat dikesan dengan lebih awal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Hannah Yeoh, berkata kegagalan mengesan tanda-tanda itu pada peringkat awal menyebabkan hanya 20,000 individu yang mempunyai gejala autisme berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding anggaran 300,000 yang berdepan masalah itu di seluruh negara itu ketika ini.

“Sesetengah ibu bapa tidak dapat mengenal pasti simptom autisme, menyebabkan mereka beranggapan anak mereka hanya belajar dengan lebih perlahan berbanding kanak-kanak lain dan ada juga ibu bapa yang tidak mahu mendaftarkan anak mereka sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kami juga berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membantu menyebarkan kesedaran mengenai autisme di kawasan luar bandar dan menjadikan ujian saringan pengesanannya boleh diakses dengan lebih mudah oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya hari ini (24 Nov).

Cik Yeoh berkata ibu bapa yang ingin menjalankan ujian saringan pengesanan tanda-tanda autisme boleh melakukannya di hospital kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran, di mana ia boleh dikesan seawal usia 18 bulan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Danajamin Mighty Run 2018 dianjurkan buat kali ketiga bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai autisme disertai oleh 2,500 peserta. Acara itu berjaya mengutip RM110,000 (S$36,040) untuk disalurkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

“Acara seperti ini sememangnya dapat membantu NASOM untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai autisme,” kata Cik Yeoh. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan