Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ibu bapa harus ambil tahu kegiatan online anak

Ibu bapa digesa supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti online anak-anak mereka, khususnya dengan menyelia dan memantau penggunaan media sosial anak-anak mereka. Usulan ini dirumuskan dalam satu seminar.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa harus ambil tahu kegiatan online anak

(Gambar: Tim Wimborne/Reuters)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 11:04PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 11:08PM

INDONESIA: Ibu bapa digesa supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti online anak-anak mereka, khususnya dengan menyelia dan memantau penggunaan media sosial anak-anak mereka. Usulan ini dirumuskan dalam satu seminar.

"Seorang pelajar berusia 12 tahun di Bandung menjadi seorang pelacur online. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?" kata Cik Yeni Huriyani, ketua divisyen pendidikan di National Forhati, semasa berucap di seminar mengenai celik media sosial di Jakarta pada Sabtu (30 Sep), sepert ditukil oleh Kompas.com.

Menurut Cik Yeni, salah satu sebab di sebalik perkara ini adalah jurang antara ibu bapa dengan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak tahu apakah yang dilakukan oleh anak-anak mereka di media sosial dan mereka juga tidak tahu kandungan dalam peranti mudah alih milik anak-anak mereka.

Jurang itu disebabkan oleh kurang komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak-anak mereka. Apabila anak-anak ingin tahu tentang sesuatu, mereka akan menggunakan Internet untuk bertanya dan mengajukan soalan-soalan mereka.

Encik Aria A. Mangunwibawa, dari Kementerian Pendidikan dan Budaya, menarik perhatian tentang jurang generasi yang wujud antara ibu bapa dengan anak-anak mereka.

Bagi merapatkan jurang tersebut, Encik Aria berpendapat bahawa para ibu bapa mesti meningkatkan pengetahuan tentang perkembangan teknologi, terutamanya mengenai media sosial.

"Ibu bapa mesti ikut serta dan memantau aktiviti anak-anak mereka di media sosial dan internet. Mereka mesti aktif memahami, menghadkan penggunaan internet dan mengawal penggunaan media sosial," kata Encik Aria.

Semasa menemani anak-anak menggunakan media sosial, Encik Aria menasihati para ibu bapa supaya memastikan mereka bersiap sedia dari segi mental, berpengetahuan dan bersikap bertanggungjawab apabila anak-anak mereka mula menggunakan media sosial.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan