Images
  • twins illustration
    (Ilustrasi: Gracia Lam/New York Times)

Hubungan antara asuhan dengan semula jadi? Apa yang boleh dipelajari dari anak kembar

NEW YORK: Meskipun anak kembar berkongsi gen dan membesar di bawah asuhan ibu bapa yang sama, namun terdapat perbezaan yang mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti persekitaran mereka.

Ini termasuk semasa dalam kandungan dan selepas anak kembar dilahirkan.

Isu mengenai hubungan antara asuhan dengan semula jadi berhubung pembangunan kanak-kanak sudah dibahaskan oleh ahli psikologi selama beratus-ratus tahun.

Kanak-kanak sebenarnya belajar daripada persekitaran di sekeliling mereka dan jika pengalaman yang dialami adalah keganasan, penganiayaan dan tiada matlamat ditetapkan bagi mencapai kejayaan, maka peluang mereka untuk membina masa depan yang lebih baik akan terjejas.

Jika potensi genetik wujud, maka, dengan kehadiran seorang dewasa sekalipun, sudah cukup untuk membawa perubahan yang positif kepada kehidupan anak kembar.

Kajian yang dijalankan selama berpuluh-puluh tahun mengenai anak kembar juga mendapati bahawa bagi sesetengah kes, kembar tiga misalnya, yang terpisah sejak awal dan dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang berbeza tetap menunjukkan kaitan antara peranan asuhan dengan semula jadi.

Banyak kajian yang dijalankan terhadap beribu-ribu anak kembar, sama ada dibesarkan secara bersama atau dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza.

Ini membolehkan para pengkaji untuk memahami hubungan gen dengan persekitaran di sekeliling anak kembar dan ia dapat dilihat pada perwatakan anak kembar itu.

Hasil tinjauan yang dijalankan ke atas anak kembar yang dibesarkan secara berasingan mendapati bahawa separuh perbezaan pada personaliti dan kesalihan ditentukan secara genetik.

Namun, tidak bagi sifat seperti IQ yang secara purata hanya 25 peratus saja yang dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling mereka.

- NYT/AW/tq

Top