Hotel Sweden sedia beri bayaran balik - jika anda bercerai
Sebuah rangkaian hotel di Sweden bersedia memberikan para tetamunya bayaran balik.
STOCKHOLM: Sebuah rangkaian hotel di Sweden bersedia memberikan para tetamunya bayaran balik.
Namun ada syarat pelik di sebalik tawaran itu - anda hanya layak mendapat bayaran balik jika anda bercerai pada tahun selepas anda menginap di hotel tersebut.
Kumpulan hotel mewah The Countryside menyatakan idea "radikal" itu bertujuan "membuat orang ramai faham betapa pentingnya untuk melabur tenaga dan masa dalam hubungan mereka, sebelum ia terlalu lambat," kata jurucakap Anna Madsen kepada AFP.
Jika "tanpa dijangka" tetamunya memang memilih untuk bercerai dalam masa 12 bulan, rangkaian hotel itu menyatakan mereka hanya perlu memberikan bukti perceraian mereka, untuk menerima bayaran balik bagi penginapan hotel sehingga dua malam.
Tawaran itu dibuka kepada semua pasangan "yang sah berkahwin dan menginap di bilik yang sama," menurutnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.