Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hilangkan sakit kepala tanpa ubat tahan sakit

Tahukah anda sakit kepala yang ringan boleh dikurangkan tanpa ubat tahan sakit? Inilah lima petua alternatif untuk mengurangkan gejala sakit kepala.

Anggaran Waktu Membaca:
Hilangkan sakit kepala tanpa ubat tahan sakit

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 13 Oct 2018 05:52PM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 05:57PM

KUALA LUMPUR: Bagi anda yang kerap mengalami sakit kepala atau migrain, ia tentunya bukan sesuatu yang menyenangkan. Ia bukan sahaja boleh mengganggu tugas seharian, malah ia juga boleh membuatkan kita hilang selera makan dan juga meningkatkan tekanan.

Setiap kali mengalami sakit kepala atau migrain, kita selalunya mencari ubat tahan sakit. Namun tahukah anda sakit kepala yang ringan boleh dikurangkan tanpa ubat tahan sakit?

Inilah lima petua alternatif untuk mengurangkan gejala sakit kepala.

1. Limau Kasturi

Ini merupakan petua orang lama. Apa yang anda harus lakukan adalah ambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya.

Kemudian, kulit limau kasturi yang sudah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika.

Seterusnya, tuangkan air itu ke atas kepala dan badan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.

2. Ais

Menurut laporan Astro Awani, ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala.

Anda hanya perlu gunakan pek ais atau gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan gosokkan pek ais itu di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di bahagian kepala.

3. Rehatkan Diri

Kalau anda rasa tertekan semasa kerja, apa kata anda rehatkan diri buat seketika.

Berehat selama lima hingga 15 minit, dan ambil masa itu untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika. Anda juga boleh ambil masa selama 30 minit untuk tidur seketika. Walaupun hanya 30 minit, menurut laporan Astro Awani, ia mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa.

4. Rendam kaki dalam air panas

Lagi satu cara bagi menghilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini, anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan ia dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki itu sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sukar sekali!

5. Kurangkan MSG

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, yang juga dikenali sebagai asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan.

Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron. Oleh itu, kurangkan pengambilan MSG dalam makanan juga mampu mengelakkan anda dari sakit kepala dan migran, lapor Astro Awani.

Selain itu, jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan minum air masak mengikut keperluan badan anda setiap hari.

Kesemua lima petua itu merupakan cadangan bagi membantu anda mengurangkan sakit kepala atau migrain. Namun sekiranya sakit kepala anda masih lagi teruk, jangan lupa untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka. 

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan