Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Haagen-Dazs lancar edisi terhad aiskrim mentega kacang

Berita baik bagi para pengemar aiskrim di Singapura dan Malaysia. Haagen-Dazs memperkenalkan perisa baru mentega kacang atau Peanut Butter Crunch, dalam senarai produk dan kini ia tersedia secara eksklusif di rangkaian restorannya hingga 30 November dan di pasaran runcit sehingga Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Haagen-Dazs lancar edisi terhad aiskrim mentega kacang

Gambar hiasan. (Gambar: Denis Charlet/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 12:18AM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 12:23AM

KUALA LUMPUR: Berita baik bagi para pengemar aiskrim di Singapura dan Malaysia. Haagen-Dazs memperkenalkan perisa baru mentega kacang atau Peanut Butter Crunch, dalam senarai produk dan kini ia tersedia secara eksklusif di rangkaian restorannya hingga 30 November dan di pasaran runcit sehingga Disember ini.

Pengurus pemasaran General Mills Malaysia Sdn Bhd, Cik Michelle Yeoh berkata perisa baru itu menggabungkan bahan-bahan mentega kacang, karamel dan kepingan kacang yang lazat dari Argentina dan Carolina Utara, Amerika Syarikat.

"Untuk meraikan edisi terhad ini, Haagen-Dazs mengundang Cik Janice Wong, chef Singapura yang terkenal untuk mencipta pencuci mulut khas, yang bakal tersedia secara eksklusif di restoran Haagen-Dazs di Sunway Velocity dari 1 Oktober hingga 16 November," katanya ketika pelancaran produk tersebut, hari ini (21 Sep).

Ketika majlis yang sama, Cik Wong turut melakukan demonstrasi resepinya bernama 'Cloud Nine', sejenis pencuci mulut berlapisan biskut, gel rasberry dan serbuk granola, berpasangan dengan ais krim mentega kacang yang baru dilancarkan.

Menu baru yang lain ialah 'S'more' dan 'Fudge', resepi susu kocak dengan coklat serta lapisan ais krim mentega kacang Haagen-Dazs. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan