Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Guru robot? Finland cuba uji robot ambil alih tugas didik kanak-kanak

Mampukah robot mengambil alih tugas guru suatu hari nanti?

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Apr 2018 07:53PM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 10:39PM

FINLAND: Mampukah robot mengambil alih tugas guru suatu hari nanti?

Finland, negara yang terkenal dengan pendidikan terbaik di dunia kini memperkenalkan robot-robot guru.

Diberi nama Elias, robot ini boleh faham dan bertutur 23 bahasa serta dilengkapi dengan perisian yang membolehkannya memahami keperluan pelajar.

Bersama dengan sebuah lagi robot yang boleh mengajar matematik, ia sedang diuji dalam program perintis sepanjang tahun di sebuah sekolah rendah di Tampere, Finland.

Walau bagaimanapun robot-robot ini belum mampu untuk mengawal disiplin di dalam bilik darjah.

Antara guru yang sudah bekerjasama dengan guru robot itu melihat teknologi itu sebagai alat pendidikan yang boleh dimanfaatkan dalam melibatkan kanak-kanak dengan pembelajaran.

"Saya rasa dalam sikatan baru ini, tujuan utama adalah melibatkan kanak-kanak dan membakar semangat mereka dan menjadikan mereka aktif. Saya lihat Elias sebagai salah satu peranti untuk melaksanakan pelbagai amalan dan kegiatan dalam bilik darjah," kata guru bahasa Riika Kolunsarka kepada Reuters.

Menggunakan robot-robot dalam bilik darjah bukanlah sesuatu perkara yang baru - guru robot pernah digunakan di Timur Tengah, Asia dan Amerika Syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun teknologi moden seperti 'khidmat cloud' dan pencetakan 3D membolehkan syarikat-syarikat pemula lebih kecil menembusi sektor tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan