Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Guna botol plastik untuk naik bas percuma

Bandar kedua terbesar di Indonesia sudah menghasilkan cara baru dan unik untuk menggalak para penduduknya supaya mengitar semula sisa, iaitu dengan menawarkan tiket bas percuma sebagai pertukaran dengan botol plastik yang sudah digunakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Guna botol plastik untuk naik bas percuma

Para penumpang boleh menaiki bas merah dengan menukarkan botol plastik di terminal-terminal atau 'membayar' tambang menggunakan botol plastik. (Gambar: Sigit Pamungkas/Reuters)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 06:44PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 06:48PM

SURABAYA: Bandar kedua terbesar di Indonesia sudah menghasilkan cara baru dan unik untuk menggalak para penduduknya supaya mengitar semula sisa, iaitu dengan menawarkan tiket bas percuma sebagai pertukaran dengan botol plastik yang sudah digunakan.

Di bawah skim yang dilancarkan di Surabaya pada bulan April, para penumpang boleh menaiki bas merah dengan menukarkan botol plastik di terminal-terminal atau 'membayar' tambang menggunakan botol plastik.

Bagi mendapatkan tiket bas bagi perjalanan dua jam, para penumpang perlu menukarkan 10 cawan plastik atau sehingga lima botol plastik bergantung kepada saiznya.

Surabaya adalah bandar yang pertama di Indonesia yang melaksanakan skim tersebut dan ia berharap dapat mencapai sasaran menjadi bandar bebas sisa plastik menjelang 2020.

"Sisa sampah seperti botol plastik mencemari kawasan kejiranan di bandar ini. Oleh itu, idea ini bukan hanya untuk menjadikan alam sekitar lebih bersih malah membantu meringankan beban pengutip sampah," kata seorang penduduk, Linda Rahmawati.

Data bandar itu menunjukkan bahawa 15 peratus atau hampir 400 tan sisa harian di Surabaya adalah plastik.

Bas boleh mengutip sehingga 250 kilogram sisa botol plastik sehari atau kira-kira 7.5 tan sebulan, yang kemudiannya akan dilelong kepada syarikat kitar semula.

Wang yang diperolehi daripada sesi lelongan itu akan digunakan untuk menjalankan operasi bas dan membiayai kawasan hijau di bandar tersebut.
 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan