Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Google sahkan pihak ketiga boleh baca emel Gmail

Google mengesahkan bahawa pembangun aplikasi (app) pihak ketiga mempunyai akses kepada mesej peribadi Gmail milik pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:
Google sahkan pihak ketiga boleh baca emel Gmail
Diterbitkan : 05 Jul 2018 07:34PM Dikemas Kini : 05 Jul 2018 07:37PM

AMERIKA SYARIKAT: Google mengesahkan bahawa pembangun aplikasi (app) pihak ketiga mempunyai akses kepada mesej peribadi Gmail milik pengguna. Namun ini hanya berlaku jika pembangun dan app sudah diperiksa dan mendapatkan izin pengguna.

Respons dari Google itu dibuat melalui catatan blog pada Selasa (3 Jul). Ia menyusuli laporan terperinci akhbar Wall Street Journal pada Isnin mengenai bagaimana Google memberikan keizinan kepada ratusan pembangun perisian pihak ketiga untuk "mengimbas kandungan emel jutaan pengguna Gmail yang mendaftar untuk menggunakan khidmat alamat emel yang menawarkan perbandingan harga barangan, perancang perjalanan automatik dan pelbagai alat lain".

Dalam catatan blog tersebut Cik Suzanne Frey, Pengarah Keselamatan, Amanah & Privasi, Google Cloud, berkata bahawa app pihak ketiga sedemikian perlu melalui "proses semakan beberapa peringkat" sebelum mendapat akses ke mesej-mesej Gmail.

Pembangun dan app yang disepadukan dengan Gmail juga diperiksa secara terus-menerus "sebelum kami membukanya untuk akses umum", tambah beliau.

Pengguna Gmail juga perlu memberi izin kepada app sedemikian untuk mendapatkan akses kepada data mereka.

"Sebelum sebuah app di luar Google mendapat akses kepada data anda, kami menayangkan skrin pesanan meminta keizinan yang secara terang menunjukkan jenis data yang boleh diakses app itu dan bagaimana data tersebut digunakan," kata Cik Frey.

"Kami sangat menggalakkan anda memeriksa skrin keizinan sebelum memberikan akses kepada sebarang aplikasi luar Google."

Cik Frey juga menambah bahawa "tiada kakitangan di Google yang membaca Gmail anda" kecuali dalam kes tertentu apabila keizinan diminta dan diberi, atau bagi tujuan keselamatan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan