Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Google Flights 'mendarat' di S'pura

Google melancarkan satu ciri baru dalam enjin pencariannya di Singapura yang memudahkan pengguna membandingkan harga penerbangan dan meneroka destinasi pelancongan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Google Flights 'mendarat' di S'pura

Petikan skrin Google Flight (Gambar: Google)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 11:35PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 11:40PM

SINGAPURA: Google melancarkan satu ciri baru dalam enjin pencariannya di Singapura yang memudahkan pengguna membandingkan harga penerbangan dan meneroka destinasi pelancongan baru.

Diberi nama Google Flights, ciri itu boleh digunakan bermula Isnin (17 Dis) untuk mencari laluan dan harga penerbangan terbaik hanya dengan menaip "Flights to" diikuti dengan destinasi pilihan, ke dalam kotak pencarian (search bar) Google.

Ciri ini boleh digunakan di kebanyakan alat mudah alih termasuk tablet dan komputer riba.

Menerusi Google Flights, pengguna boleh membuat perbandingan pilihan penerbangan berdasarkan "tarikh dipilih, harga, syarikat penerbangan, lapangan terbang penghubung atau meneroka penerbangan ke lapangant terbang lain," menurut syarikat Google dalam satu kenyataan media.

Apabila memilih tarikh keberangkatan dan kembali, Google Flights juga akan menawarkan tip kepada pengguna untuk mencari harga terbaik bagi laluan tertentu, menerusi kotak pemberitahuan (notification bar).

Tambah Google, pengguna yang memerlukan lebih masa untuk memilih penerbangan "boleh memilih untuk mengikuti (perkembangan) suatu penerbangan dan menerima pemberitahuan menerusi emel berhubung perubahan harga serta tip melancong".

Bagi mereka yang belum mempunyai destinasi tujuan, mereka juga boleh mendapat ilham dari seksyen 'Explore' yang menawarkan idea berdasarkan destinasi popular atau aktiviti yang mereka minati.

"(Misalnya) Jika anda mahu bercuti bulan depan, hanya pilih 'Januari' dan tempoh percutian seperti '2 minggu' untuk melihat tarikh dengan harga terendah untuk melawat sesuatu tempat," menurut kenyataan media itu lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan