Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gerai makanan, bot pesiaran percuma, pertunjukan bunga api sempena ulang tahun Bendungan Marina hujung minggu ini

Bendungan Marina akan menganjurkan karnival terbesar yang pernah dianjurkannya dari Jumaat hingga Ahad (26 hingga 28 Okt) sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh agensi air negara PUB pada Isnin (22 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Gerai makanan, bot pesiaran percuma, pertunjukan bunga api sempena ulang tahun Bendungan Marina hujung minggu ini

(Gambar: Corey Sta Maria)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 01:34PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 01:40PM

SINGAPURA: Bendungan Marina akan menganjurkan karnival terbesar yang pernah dianjurkannya dari Jumaat hingga Ahad (26 hingga 28 Okt) sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh agensi air negara PUB pada Isnin (22 Okt).

Karnival itu akan menampilkan lebih 100 gerai makanan dan seni kraf tangan, dengan persembahan secara langsung dan pertunjukan bunga api pada Sabtu (27 Okt).

Para pengunjung boleh menaiki bot pesiaran percuma selama setengah jam dari Kolam Air Marina ke Pentas Terapung Marina Bay sepanjang hujung minggu di mana mereka berpeluang mempelajari tentang sejarah Bendungan Marina serta fakta-fakta menarik yang lain.

Bot pesiaran itu akan beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 9.00 malam.

(Gambar: PUB)

Selain itu, lebih 10 gerai makanan termasuk trak makanan dan aiskrim juga akan disediakan di karnival itu.

KAYNA, sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada enam anggota dari Ecuador, juga akan membuat persembahan di Asia buat julung-julung kalinya.

Selain itu filem-filem menarik juga akan ditayangkan pada sebelah malam hari Jumaat dan Sabtu.

(Gambar: Anthony Keung Fatt)

Acara kemuncak sempena sambutan pada hujung minggu ini adalah pertunjukan bunga api, yang akan berlangsung pada pukul 8.00 malam pada Sabtu.

Lebih 15,000 pengunjung dijangkakan sempana sambutan selama tiga hari itu. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan