Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gara-gara takut wang diambil, wanita masuk mesin X-ray di pusat pemeriksaan

Seorang wanita di China mencetus kekecohan apabila beliau memanjat masuk ke dalam sebuah mesin X-ray semasa pemeriksaan keselamatan di sebuah stesen kereta api di Dongguan di wilayah Guangdong, menurut laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara takut wang diambil, wanita masuk mesin X-ray di pusat pemeriksaan

Petikan skrin dari Pear TV.

Diterbitkan : 14 Feb 2018 07:47PM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 07:50PM

DONGGUAN: Seorang wanita di China mencetus kekecohan apabila beliau memanjat masuk ke dalam sebuah mesin X-ray semasa pemeriksaan keselamatan di sebuah stesen kereta api di Dongguan di wilayah Guangdong, menurut laporan media tempatan.

Pegawai keselamatan di stesen tersebut terperanjat apabila mereka ternampak imej seorang manusia dalam skrin mesin X-ray Ahad lalu (11 Feb), menurut laporan Pear Video.

Rupa-rupanya, seorang wanita yang bimbang bahawa wang dalam bag tangannya akan diambil memanjat masuk mesin X-ray itu bersama bagnya sekali.

Sebuah video menunjukkan wanita itu muncul daripada bahagian belakang mesin itu lalu memanjat keluar.

Dua imej X-ray pula memaparkan garis bentuk wanita itu yang sedang berlutut di tengah-tengah bagasi-bagasi lain.

Ramai pengguna internet yang mempersenda wanita berkenaan dengan ada yang memanggilnya "aneh" dan menuduh bahawa beliau lebih mementingkan wang daripada dirinya sendiri.

Pear Video turut melaporkan bahawa kakitangan stesen kereta api itu sudahpun memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memanjat masuk mesin X-ray disebabkan sinaran yang berbahaya kepada manusia.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan