Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gadis Melayu berhijab pertama sertai Miss Universe New Zealand

Penyertaan peserta wanita beragama Islam dan berhijab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah sesuatu yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Gadis Melayu berhijab pertama sertai Miss Universe New Zealand

Nurul Shamsul. (Gambar: @nurulzbshamsul/ Instagram)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 12:33PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 12:36PM

MALAYSIA: Penyertaan peserta wanita beragama Islam dan berhijab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah sesuatu yang baru.

Halima Aden, peserta separuh akhir Miss Minnesota USA 2016, merupakan contoh terbaik yang berjaya membawa imej ratu cantik beragama Islam yang berhijab dengan sempurna.

Begitu juga dalam pertandingan Puteri Indonesia, di mana saban tahun beberapa peserta yang dipilih mewakili wilayah tertentu juga tampil berhijab.

Namun pertama kali dalam sejarah, seorang gadis Melayu berdarah campuran Indonesia yang berasal dari Malaysia berjaya disenarai pendek sebagai peserta 'Top 20' dalam pertandingan Miss Universe New Zealand, lapor Astro Awani.

Nurul Shamsul, 20 tahun, dilahirkan di Ampang, Selangor, dan dibesarkan di New Zealand, merupakan peserta berhijab pertama yang berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan ratu cantik tersebut.

Menerusi beberapa entri di laman media sosial miliknya, Nurul menyifatkan penyertaannya itu sebagai sesuatu yang memecahkan stereotaip dan berharap agar niatnya itu tidak disalah tafsir.

Menurut Astro Awani, ibu Nurul asal Indonesia dan ayahnya seorang rakyat Malaysia.

Selain itu, Nurul yang juga penuntut Universiti Waikato juga berharap supaya erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.

Satu-satunya wakil New Zealand yang berjaya dinobatkan sebagai Miss Universe sebelum ini ialah Lorraine Elizabeth Downes pada 1983, lapor Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan