Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Finland negara paling bahagia di dunia; S'pura di tangga 34, M'sia 35, Indonesia 96

Finland diisytiharkan sebagai Negara Paling Bahagia Di Dunia dari kalangan 156 negara, menurut dapatan satu tinjauan tahunan yang dikeluarkan pada Rabu (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Finland negara paling bahagia di dunia; S'pura di tangga 34, M'sia 35, Indonesia 96

Gambar fail bendera Finland. (Gambar: Reuters/Ints Kalnins)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 10:27PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:33PM

BERITAMediacorp: Finland diisytiharkan sebagai Negara Paling Bahagia Di Dunia dari kalangan 156 negara, menurut dapatan satu tinjauan tahunan yang dikeluarkan pada Rabu (14 Mac).

Di kalangan negara-negara Asia, ranking tertinggi diduduki oleh Taiwan di tangga ke-26, manakala Singapura yang kedua tertinggi, iaitu di tangga ke-34. Malaysia pula satu tangga di belakang Singapura iaitu di tangga ke-35.

Arab Saudi bagaimanapun berada satu tangga di atas Singapura dengan menduduki tangga ke-33. Negara-negara Timur Tengah lain yang turut mendapat tempat dalam kalangan 40 negara paling bahagian ialah Israel (11), Amiriah Arab Bersatu (20) dan Qatar (32).

Ranking tersebut diukur berdasarkan ciri-ciri seperti Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) per kapita, sokongan sosial, jangka hayat kesihatan, kebebasan sosial, bebas dari rasuah dan kemurahan hati.

Finland naik menduduki tempat pertama daripada tangga kelima tahun lalu - sekaligus mengepikan Norway dari tangga pertama. Ini dia 10 ranking negara paling bahagian yang ternyata terus dikuasai oleh negara-negara Nordik: (1) Finland, (2) Norway, (3)Denmark, (4) Iceland, (5) Switzerland, (6) Netherlands, (7) Canada, (8) New Zealand, (9) Sweden dan (10) Australia.

Tinjauan tersebut juga nampaknya mendapati bahawa rakyat Amerika Syarikat menjadi 'kurang gembira'. ia menduduki tangga ke-18, iaitu jatuh 4 tangga berbanding tangga ke-14 yang diraihnya tahun lalu.

"Saya sering berjenaka dengan rakyat Amerika lainnya bahawa kita sedang menikmati 'Impian Amerika' (American Dream) di Finland," kata Cik Brianna Owens, yang berhijrah ke Finland dan menjadi guru di sana.

Pendapatan per kapita Amerika Syarikat sebenarnya semakin tinggi dan ia semakin kaya, tetapi ia nampaknya semakin kurang gembira.

"Ia kelihatan ketara sekarang. Tanda-tandanya tidak elok untuk Amerika Syarikat. Ia semakin kaya dan kaya, tetapi tidak semakin bahagia," ujar ketua tinjauan tersebut, Profesor Jeffrey Sachs dari Universiti Columbia New York.

Ini antara ranking negara-negara Asia yang lain:

Thailand (46)
Jepun (54)
Korea Selatan (57)
Filipina (71)
Hong Kong (76)
China (86)
Vietnam (95)
Indonesia (96)

Lima negara paling corot dalam kalangan 156 negara yang ditinjau itu adalah Yaman (152), Tanzania (153), Sudan Selatan (154), Republik Afrika Tengah (155) dan Burundi (156).

Sumber : BERITA Mediacorp/Reuters/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan