Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Durian baru ini bakal 'kalahkan' Musang King atau Mao Shan Wang

Sejenis durian "baru dan jarang ditemui" sudahpun diperkenalkan di Malaysia, yang mungkin mengalahkan status Musang King sebagai durian "paling lazat", menurut pengedarnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Durian baru ini bakal 'kalahkan' Musang King atau Mao Shan Wang

Durian ASFA50 yang dikatakan lebih enak berbanding Musang King. (Gambar: Facebook / Super Tech)

Diterbitkan : 29 Nov 2017 09:48PM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 12:03AM

SINGAPURA: Sejenis durian "baru dan jarang ditemui" sudahpun diperkenalkan di Malaysia, yang mungkin mengalahkan status Musang King sebagai durian "paling lazat", menurut pengedarnya.

Durian baru ini juga amat sesuai buat perut yang sensitif kerana ia mengandungi "80 peratus kurang gas" berbanding durian biasa, tambahnya lagi.

Dalam beberapa catatan Facebook, Super Tech Industrial menyatakan bagawa durian jenis ASFA50 hanya mengambil masa tiga tahun untuk berbuah. Musang King pula, atau Mao Shan Wang, mengambil masa sehingga sembilan tahun.

"Tingginya hanya tiga atau empat meter, berbanding 15 meter bagi durian-durian biasa (dan) ia berbuah dua kali setahun," menurut syarikat tersebut. Ia turut menyatakan bahawa pokok tersebut tidak meretakkan lantai ataupun bangunan dan pokok-pokok kecil boleh ditanam dalam pasu-pasu besar.

Media tempatan mendedahkan bahawa sekitar 5,000 anak pokok durian tersebut dijual pada harga RM150 (S$49) setiap satu kepada orang-orang terkenal Malaysia seperti mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Buah duriannya pula berharga RM60 (S$19) sekilo, menurut laporan The Star yang menukil Ferri Anugerah Makmur, pemilik Super Tech.

ASFA50 diperkenalkan bagi menandakan ulang tahun ke-50 perkahwinan Sultan Perlis Sirajuddun dan isterinya Tengku Fauziah. Ini merupakah "buah diraja kedua Perlis selepas buah mangga Harum Manis," menurut syarikat tersebut. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan