Durian antara makanan dipamerkan Disgusting Food Museum di Sweden
Bagi penduduk di negara-negara Asia Tenggara, durian dianggap sebagai salah satu buah tropika sangat lazat. Namun baunya yang menyengat membuat buah dengan kulit berduri ini juga seringkali dibenci sebilangan orang, terutama sekali mereka yang bukan berasal dari Asia Tenggara.
CARLSGATAN: Bagi penduduk di negara-negara Asia Tenggara, durian dianggap sebagai salah satu buah tropika sangat lazat. Namun baunya yang menyengat membuat buah dengan kulit berduri ini juga seringkali dibenci sebilangan orang, terutama sekali mereka yang bukan berasal dari Asia Tenggara.
Malah, terdapat beberapa rencana yang diterbitkan menyebut-nyebut buah durian sebagai salah satu makanan dengan bau paling busuk di dunia. Inilah yang mendorong sebuah muzium di Sweden untuk menyenaraikan buah durian sebagai salah satu makanan paling menjijikkan di dunia.
Pameran 'Disgusting Food' itu diadakan sejak 31 Oktober lalu dan akan terus dibuka kepada orang ramai sehingga 27 Januari 2019. Pameran tersebut dibuka di Kota Malmo, Swedia.
TUJUAN SEBENAR PAMERAN DIADAKAN
Menurut laman rasmi pameran tersebut, idea di sebalik muzium unik itu datang dari seorang kurator bernama Samuel West.
Pemeran itu dibuka dengan satu tujuan iaitu untuk mengajak para pengunjung untuk mengenali makanan-makanan yang disukai masyarakat tempatan di seluruh pelosok dunia. Ia turut mencabar pandangan sesetengah orang yang menganggap hidangan-hidangan tertentu tidak boleh dimakan.
"Tujuannya adalah untuk membuat orang mengerti bahwa tidak ada ukuran objektif bagi makanan yang dianggap jijik," kata Encik West.
Malah, beliau turut berharap para pengunjung dapat berfikir secara kritikal tentang manfaat merubah persepsi mereka - antaranya termasuk memakan hasil alami yang mempunyai bekalan mampan.
80 JENIS MAKANAN MENJIJIKKAN DARI SELURUH DUNIA
Dalam pameran tersebut, terdapat 80 jenis makanan yang dianggap paling menjijikkan di dunia. Selain durian, makanan Asia lainnya yang dipamerkan di museum tersebut adalah 'telur bitan', 'torpedo sapi', balut, dan tahu dengan bau menyengat dari China. Pengunjung berpeluang menghidu 'aroma' dan mencuba beberapa makanan yang dipamerkan.
Selain Asia, makanan dari Eropah pun turut dipamerkan. Salah satunya adalah 'hakarl' - isi ikan yu yang difermentasikan. Bagi menu Amerika Latin, pengunjung boleh mencuba marmut Peru (tikus besar) dan banyak menu lainnya yang tidak kalah menjijikkan.
Menurut laporan CNN Travel, pameran itu juga akan diadakan di Pusat Seni Bina dan Reka Bentuk di Los Angeles mulai esok 9 Dis hingga 17 Feb 2019. Harga tiket masuk mulai AS$15 (S$20).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.