Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Demam? 5 makanan ini boleh bantu anda sihat dengan cepat

Ini 5 jenis makanan yang boleh bantu anda cepat sembuh daripada sakit selesema.

Anggaran Waktu Membaca:
Demam? 5 makanan ini boleh bantu anda sihat dengan cepat

Gambar hiasan. (Gambar: Jim Watson/ AFP)

Diterbitkan : 19 Aug 2018 11:38PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 12:30PM

BERITAmediacorp: Sesiapa yang demam selesema, sedikit sebanyak akan hilang selera makan.

Selain makan ubat dan rehat yang secukupnya, elok juga anda ambil makanan, minuman serta bahan-bahan yang dapat membantu anda cepat pulih.

Lelaman Reader's Digest mengesyorkan lima sajian mudah ini untuk memperkuat sistem imunisasi badan:

SUP AYAM

Oleh kerana badan kita dalam keadaan yang lemah, kita harus mengambil bahan-bahan yang mudah dicerna. Sup dalam bentuk cecair mudah diterima badan kita dan pelbagai bahan yang berbeza boleh diletakkan dalam sup.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2000 oleh Dr Stephen Rennard, seorang pengkaji dari Universiti Nebraska mendapati sup ayam mengandungi agen antiradang yang dapat melegakan simptom demam selesema dan menguatkan sistem imun badan.

SUSU DAN MAKANAN KAYA VITAMIN D

Makanan yang kaya dengan khasiat Vitamin D seperti susu dan bijirin diperkaya boleh membantu mencegah selesema.

Reader's Digest menukil kajian pada 2009 oleh Hospital Besar Massachusetts yang mendapati pesakit yang kurang vitamin D lebih mudah dijangkiti demam selesema.

LOBAK DAN MAKANAN KAYA VITAMIN A

Semua vitamin penting bagi kesihatan tubuh, namun menurut Sekolah Perubatan Harvard, vitamin A amat penting dalam memperkuat sistem imun badan.

Reader's Digest menggalakkan memakan sayuran seperti keledek, lobak dan bayam ketika demam.

TEH
Bukan setakat minuman enak di waktu petang - teh juga boleh mengurangkan batuk anda.

Ini lebih-lebih lagi jika dibancuh dengan bahan seperti bawang putih, kulit kayu manis, madu ataupun jintan manis.

Pusat Perubatan Universiti Maryland pula melaporkan bahawa teh daun pudina boleh melegakan sakit tekak dan membantu mencairkan kahak dalam tekak.

IKAN

Reader's Digest turut menukil saranan Health.com supaya memakan ikan berlemak tinggi seperti salmon dan tuna. Ikan-ikan ini mengandungi asid lemak omega-3 iaitu jenis lemak yang dapat melegakan radang di dalam tubuh yang menghalang sistem imuniti badan daripada berfungsi dengan berkesan.

Senarai ini semata-mata saranan makanan sihat yang boleh diambil untuk membantu anda cepat sembuh. Pastikan anda dapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya jika jatuh sakit! 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan