Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Comel... kucing juga boleh lakukan senaman 'sit up'

Gelagat seekor kucing melakukan senaman 'sit up' di bawah sebuah kereta mencuit hati ramai baru-baru ini, bukan sahaja dalam kalangan pencinta haiwan namun sesiapa sahaja yang menonton aksi si comel itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Comel... kucing juga boleh lakukan senaman 'sit up'

Petikan skrin video yang tular di media sosial.

Diterbitkan : 14 Dec 2018 05:49AM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 05:59AM

CHINA: Gelagat seekor kucing melakukan senaman 'sit up' di bawah sebuah kereta mencuit hati ramai baru-baru ini, bukan sahaja dalam kalangan pencinta haiwan namun sesiapa sahaja yang menonton aksi si comel itu.

Kucing berwarna putih ini dirakam 'bersenam' ketika sedang terbaring di lantai, di bawah sebuah kenderaan berwarna kelabu - dengan dua kakinya di salah satu bahagian kereta tersebut.

Namun apabila ia ternampak dua orang lelaki berjalan ke arahnya, ia dengan segera berhenti bersenam.

Dalam rakaman video ini, si comel melakukan senaman 'sit up' beberapa kali dengan berehat buat beberapa saat. Yang lucu sekali, ia turut mengeluarkan bunyian 'meow' ketika melakukan aksi tersebut.

Video mencuit hati itu tular di media sosial, dengan menerima komen daripada berpuluh-puluh orang. Ramai netizen mengatakan bahawa 'ia mesti hari buat senaman otot abdomen'.

Ada juga yang mengatakan 'tiada sebarang alasan' untuk mereka tidak bersenam jika kucing juga boleh melakukan senaman 'sit up'.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan