Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Coklat mungkin 'pupus' pada 2050

Penggemar coklat mungkin suatu hari nanti tidak dapat menikmati manisan itu lagi kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global.

Anggaran Waktu Membaca:
Coklat mungkin 'pupus' pada 2050

Gambar hiasan (Gambar: PHILIPPE HUGUEN / AFP)

Diterbitkan : 04 Jan 2018 09:17AM Dikemas Kini : 04 Jan 2018 09:19AM

CALIFORNIA: Penggemar coklat mungkin suatu hari nanti tidak dapat menikmati manisan itu lagi kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global.

Menurut para saintis, seperti ditukil Business Insider, suhu yang terlalu panas serta cuaca yang kering boleh mengancam penanaman kakao, iaitu tumbuhan yang menghasilkan coklat.

Kakao hanya boleh tumbuh di kawasan sempit tanah hutan hujan sekitar 20 darjah utara dan selatan khatulistiwa dengan suhu, hujan serta kelembapan adalah tetap.

Lebih separuh daripada bekalan coklat dunia kini dihasilkan dari dua negara Afrika Barat, iaitu Cote d'Ivoire dan Ghana, menurut Business Insider.

Peningkatan suhu untuk beberapa dekad akan datang atau pada 2050 nanti menjadikan kawasan tersebut tidak lagi sesuai untuk penanaman kakao.

Bagaimanapun, seperti dipetik Business Insider, penyelidik dari Universiti California kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar coklat terkemuka, Mars, bagi menyelamatkan tanaman kakao.

Mereka kini menggunakan teknologi yang dikenali sebagai CRISPR untuk mengubah suai DNA kakao supaya ia dapat bertahan di bawah iklim yang berbeza.

Para saintis itu berharap dapat menghasilkan tumbuhan kakao yang tidak rosak pada suhu yang tinggi.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan