Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

CNAlifestyle dilancarkan; saji berita gaya hidup dan trend terkini

Channel NewsAsia melancarkan CNAlifestyle.com - portal gaya hidup khas bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan peniaga (PMEB).

Anggaran Waktu Membaca:
CNAlifestyle dilancarkan; saji berita gaya hidup dan trend terkini

Petikan skrin CNA Lifestyle

Diterbitkan : 19 Sep 2018 10:40PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 10:42PM

SINGAPURA: Channel NewsAsia melancarkan CNAlifestyle.com - portal gaya hidup khas bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan peniaga (PMEB).

Portal dan laman Facebook tersebut menyajikan laporan terkini tentang makanan, percutian, fesyen dan trend dalam landskap gaya hidup di Singapura dan rantau Asia.

Kandungan pelbagai media di laman itu juga akan disalurkan ke program-program televisyen dan radio Mediacorp.

Editor Penyelia CNA Lifestyle, Phin Wong,berkata: "Kategori gaya hidup seperti hiburan, makanan dan kesihatan adalah antara 10 tajuk paling popular di kalangan penonton CNA.

"Dengan penambahan kandungan fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah, disokong dengan pendampingan offline menerusi acara-acara khas, kami berharap CNA Lifestyle akan menjadi perhentian pertama bagi golongan karyawan sibuk ini."

Demi mencapai matlamat itu, CNA Lifestyle akan diterajui para penulis dan editor mapan.

CNA Lifestyle juga menjanjikan wadah yang popular bagi pengiklan yang ingin mendekati para pelanggan yang inginkan pengalaman hidup yang menarik.

Sebelum portal khas itu dilancarkan pada Rabu (19 Sep), kandungan berita gaya hidup di wadah-wadah digital CNA sudahpun menarik 2.5 juta page view atau kunjungan pembaca internet setiap bulan dan 1 juta pembaca yang mengunjungi laman itu sekurang-kurangnya sekali.

Ketua Editor Mediacorp Walter Fernandez berkata:
"Saban tahun, CNA sudah membangunkan reputasi kukuh bagi liputan berita politik dan kewangan serata Asia. Dengan memanfaatkan jangkauannya di Singapura dan rantau ini, bilik berita kini memberi tumpuan untuk menyajikan liputan hiburan dan gaya hidup yang bermutu tinggi dengan tahap profesionalisme dan minat yang sama mendalam."

Anda boleh mengikuti CNA Lifestyle di Facebook dan di www.CNAlifestyle.com.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan