Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

CEO Twitter diselar netizen kerana tidak peka terhadap nasib kaum Rohingya

CEO Twitter Jack Dorsey dikecam ramai berhubung satu catatan Twitternya yang memuji keindahan dan rakyat Myanmar selepas beliau melancong ke sana bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Twitter diselar netizen kerana tidak peka terhadap nasib kaum Rohingya

Pegasas dan CEO Twitter, Jack Dorsey (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 06:17PM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 06:19PM

SINGAPURA: CEO Twitter Jack Dorsey dikecam ramai berhubung satu catatan Twitternya yang memuji keindahan dan rakyat Myanmar selepas beliau melancong ke sana bulan lalu.

Encik Dorsey membuat beberapa catatan pada Ahad (9 Dis) menunjukkan gambar-gambar semasa beliau mengembara ke negara Asia Tenggara itu.

"Myanmar satu negara yang amat indah. Rakyatnya penuh keceriaan dan makanannya enak. Saya kunjungi bandar Yangon, Mandalay dan Bangan," menurut catatan beliau.

"Kami berkunjung dan bertafakur di beberapa biara merata negara."

Myanmar menerima kutukan masyarakat antarabangsa sejak Ogos tahun lalu selepas tenteranya mengambil tindakan keras ke atas kaum minoriti Rohingya di Rakhine. Ini ekoran serangan militan Rohingya ke atas beberapa markas polis di wilayah itu.

Keganasan yang menyusul mengakibatkan lebih 700,000 anggota masyarakat Rohingya melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh.

Para pengguna Twitter menyifatkan catatan Encik Dorsey sebagai "tidak bertanggungjawab" dan "tidak peka", dengan sebahagian daripada mereka mengecamnya kerana tidak menarik perhatian kepada nasib masyarakat Rohingya.

Dorsey juga dikritik para wartawan, termasuk mereka yang pernah membuat liputan di wilayah Rakhine.

Liam Stack dari New York Times menulis di Twitter: "CEO Twitter melancong ke negara yang menganjurkan penghapusan kaum tahun lalu yang dipacu maklumat tidak tepat dan kebencian yang disebarkan pemerintah menerusi media sosial".

Michael Brice-Saddler dari Washington Post pula menulis bahawa "... Dorsey gagal menyentuh tentang tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang yang dilaporkan dijalankan oleh tentera negara itu tahun lalu".

Koresponden Al-Jazeera Mohammed Jamjoom berkata siri catatan Twitter Encik Dorsey membuatnya tergamam.

"Saya mewawancara puluhan #pelarian #Rohingya yang mengongsikan kisah ngeri kekejaman yang dilakukan ke atas mereka oleh tentera #Myanmar," tulis beliau.

"Baru pada Okt ketua misi pencarian fakta PBB berkata penghapusan kaum sedang berlangsung di #Rakhine. Siri (catatan) ini membuat saya tidak terkata."

Dalam satu lagi catatan tentang Myanmar, Encik Dorsey menulis bahawa antara perkara paling menonjol dalam perjalanannya adalah "menghidangkan makanan kepada biarawan dan biarawati serta menderma selipar dan payung".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan