Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger Nasi Lemak dijual semula di McDonald's mulai hari ini!

Jika sebelum ini anda terlepas peluang untuk menikmati Burger Nasi Lemak di McDonald's, pastikan anda tidak ketinggalan kali ini!

Anggaran Waktu Membaca:
Burger Nasi Lemak dijual semula di McDonald's mulai hari ini!

McDonald's melancarkan semula beberapa hidangan termasuk Burger Nasi Lemak dan juga memperkenalkan 2 hidangan baru. (Gambar: McDonald's)

SINGAPURA: Jika sebelum ini anda terlepas peluang untuk menikmati Burger Nasi Lemak di McDonald's, pastikan anda tidak ketinggalan kali ini!

Selepas kejayaan Burger Nasi Lemak yang habis dijual dalam masa kurang dua minggu, kini rangkaian makanan segera itu sekali lagi menyediakan hidangan yang mencipta fenomena di negara ini.

Malah, Burger Nasi Lemak kini dijual semula di McDonald's bermula hari ini (31 Ogos)!

Dalam kenyataan medianya, McDonald’s mengumumkan pelancaran semula ini dibuat menyusuli gesaan orang ramai supaya dikembalikan hidangan burger itu yang diilhamkan dari makanan tempatan.

"Menyusuli pelancarannya pada 13 Julai, Burger Nasi Lemak mewujudkan 'kegilaan' di seluruh negara dan menerima banyak ulasan positif dari pelanggan dan pengkritik makanan," dedahnya.

Yang pasti, ramai yang tentu tidak sabar untuk merasai hidangan menarik itu sekali lagi.

Bagi menandakan pelancaran semula rekaan popular itu, McDonald's turut melancarkan kempen dengan memberi respons kepada catatan media sosial rakyat Singapura mengenai burger tersebut dalam siri iklan yang menarik.

Selain Burger Nasi Lemak, McDonald's juga mengembalikan hidangan Pai Kelapa (dari $1.20), Chendol McFlurry® (dari $3.00) dan Bandung McFizz™ (dari $3.00).

Rangkaian makanan segera itu juga memperkenalkan dua lagi hidangan baru iaitu 'Potato Wedges' (M) (dari $3.80) dan 'Sweet Corn Cone' (dari $1.00).

Kesemua hidangan tersebut boleh dinikmati selepas waktu sarapan di semua restoran McDonald's, Pandu Lalu dan menerusi McDelivery®, selagi stok masih ada.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan