Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger labah-labah? Anda berani cuba?

Apakah anda dalam kalangan mereka yang berani untuk mencuba makanan-makanan yang tidak biasa dimakan seperti serangga dan menu pelik selain daging lembu, ayam dan kambing?

Anggaran Waktu Membaca:
Burger labah-labah? Anda berani cuba?

(Gambar: Bull City Burger/ Twitter)

Diterbitkan : 02 May 2018 12:27PM Dikemas Kini : 02 May 2018 03:35PM

DURHAM: Apakah anda dalam kalangan mereka yang berani untuk mencuba makanan-makanan yang tidak biasa dimakan seperti serangga dan menu pelik selain daging lembu, ayam dan kambing?

Ini mungkin akan menarik perhatian anda.

Di restoran Bull City Burger and Brewery di Amerika Syarikat, para pelanggan boleh mencuba hidangan menggunakan daging haiwan eksotik sepanjang bulan April, lapor Metro UK.

Antara hidangannya termasuk bebola daging rusa kutub, stik daging buaya, burger unta dan kari ular sawa.

Agak menggelikan, tetapi menu sedemikian sering dihidangkan di layar kaca televisyen. Kenyataannya, ramai juga yang ingin mencuba 'menu' seperti ini.

Paling mengerikan dalam menu mereka adalah hidangan yang disajikan dengan serangga pilihan termasuk burger labah-labah tarantula dan salad yang dipenuhi dengan pepijat.

(Gambar: Bull City Burger/ Twitter)

Peliknya, burger labah-labah yang paling popular sehingga para pelanggan yang ingin mencubanya perlu mendapatkan nombor.

Menurut Metro UK, mereka yang mencubanya berkata rasa burger itu seperti isi ketam dengan rasa pahit. Dengan setiap gigitan juga akan dapat menikmati tekstur dan rasa yang berlainan.

Mereka yang mencubanya juga akan diberi kemeja-T secara percuma dengan tulisan pada kemeja tersebut yang menyatakan mereka sudah mencuba makanan 'gila' itu.

Mereka yang berminat tetapi tidak berkesempatan untuk ke restoran itu juga boleh membuat pesanan di laman Amazon yang menawarkan makanan labah-labah dalam tin.

Menurut Metro UK, restoran tersebut turut menawarkan hidangan 'biasa' bagi para pelanggannya yang tidak berani mencuba makanan-makanan unik ini.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan