Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burberry bakar produk bernilai jutaan dolar untuk lindungi jenama

Dasar pemusnahan produk bagi lindungi jenama mewah diselar

Anggaran Waktu Membaca:
Burberry bakar produk bernilai jutaan dolar untuk lindungi jenama

Burberry. (Gambar: WILL OLIVER/AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 06:32PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 07:49PM

LONDON: Jenama fesyen mewah Britain, Burberry memusnahkan produk-produk fesyen dan kosmetik bernilai puluhan juta dolar sejak setahun lalu untuk melindungi jenamanya.

Syarikat itu membakar pakaian tidak terjual, aksesori dan minyak wangi bernilai 32 juta euro (S$50.7 juta) menurut laporan tahunannya. Ia adalah satu amalan yang kini sering dilakukan industri fesyen sebagai perlindungan terhadap cetak rompak.

Para peruncit menyifatkan kaedah itu sebagai satu langkah untuk melindungi harta intelek dan menghalang produk-produk daripada dicuri atau dijual pada potongan harga sekaligus menurunkan nilai eksklusif jenamanya

Bagaimanapun, tindakan Burberry itu mendapat kecaman aktivis alam sekitar di Britain.

Penggubal undang-undang dan jurucakap sekitaran bagi parti Liberal Democrat, Tim Farron berkata: "Tidak masuk akal bagi Burberry untuk berpandangan bahawa dengan membakar produk-produk yang tidak terjual sebagai satu huraian yang boleh diterima." 

Sumber : AFP/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan