Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bunga tahi ayam boleh halau nyamuk

Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Bunga tahi ayam boleh halau nyamuk

Bunga tahi ayam atau Lantana camara di Jerman. (Gambar fail: Roland Weihrauch / dpa / AFP)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 04:14PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 04:16PM

TEMERLOH: Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri Norol Azali Sulaiman berkata tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.

Beliau berkata dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan saja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.

"Kajian mengenai kesesuaian pokok ini telah dilakukan sejak tahun 2010. Maka, kita mencadangkan kepada pihak terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menggalakkan tumbuhan jenis ini di kawasan perumahan," katanya kepada wartawan.

Beliau menghadiri program Gotong-Royong Bersepadu Perangi Aedes 2017 di Taman Saga, Mentakab hari in (30 Apr), yang turut disertai Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha'ari Ngadiman.

Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga.

"Rasanya tiada masalah untuk penduduk menanamnya di kawasan persekitaran rumah mereka. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong," katanya.

Beliau berkata untuk tahun ini, kerjaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan serta agensi terlibat melaksanakan 146 aktiviti gotong-royong di seluruh negeri.

Beliau juga memaklumkan kes demam denggi di Pahang bagi empat bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan iaitu 703 kes berbanding 1,060 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan