Images
  • pregnant woman]
    Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: LOIC VENANCE / AFP)

Bukti pertama pencemaran udara sampai ke plasenta dikesan pada wanita hamil di London

LONDON: Buat julung-julung kalinya, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pencemaran udara yang masuk ke paru-paru wanita hamil boleh sampai ke plasenta. Demikian menurut satu kajian baru yang dijalankan di Britain.

Para pengkaji mengesan apa yang mereka percaya adalah zarah-zarah kecil karbon, yang biasanya dihasilkan daripada bahan api yang dibakar, pada lima wanita hamil yang tidak merokok dan tinggal di London semasa mereka menjalani pembedahan Caesarean.

Hasil kajian itu mengukuhkan lagi bukti sedia ada mengenai bahaya pencemaran udara terhadap janin dan ia turut menggambarkan bahawa apabila seorang wanita hamil menghirup udara yang tercemar, zarah-zarah berbahaya boleh sampai ke plasenta melalui saluran darah.

Kajian sebelum ini menunjukkan kaitan antara wanita hamil yang terdedah kepada pencemaran udara dengan kelahiran pramatang, berat badan bayi yang rendah, kematian bayi dan masalah pernafasan dalam kalangan kanak-kanak.

Dr Lisa Miyashita, yang terlibat dalam kajian itu di Universiti Queen Mary di London, berkata: "Sehingga kini, segelintir bukti menunjukkan bahawa zarah berbahaya boleh memasuki saluran darah dari paru-paru.

"Kami sudah tahu sejak kebelakangan ini bahawa pencemaran udara menjejas pembangunan janin dan boleh terus menjejas bayi selepas mereka dilahirkan dan sepanjang kehidupan mereka.”

- Agensi berita/NA/na

Top