Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bukan setakat gula, berat badan berlebihan tingkatkan risiko kencing manis

Satu daripada setiap tujuh orang di Singapura mengalami tanda-tanda awal kencing manis, dan 50 peratus daripada pesakit Kencing Manis Jenis 2 tidak menyedari sama sekali bahawa mereka menghidap penyakit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan setakat gula, berat badan berlebihan tingkatkan risiko kencing manis

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 03:34PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 03:47PM

SINGAPURA: Satu daripada setiap tujuh orang di Singapura mengalami tanda-tanda awal kencing manis, dan 50 peratus daripada pesakit Kencing Manis Jenis 2 tidak menyedari sama sekali bahawa mereka menghidap penyakit itu.

Tanda-tanda awal itu dengan sendirinya adalah salah satu simptom penyakit kencing manis dan kadar gula dalam darah yang lebih tinggi hanya dapat dikesan menerusi ujian darah.

Mengenai tanda-tanda awal kencing manis yang mungkin anda pernah terbaca di Internet seperti rasa lebih dahaga dan lapar daripada biasa, kehilangan berat badan meskipun anda makan lebih banyak, kerap membuang air kecil dan sering rasa penat, kata Dr Vivien Lim, seorang pakar endokrinologi di Pusat Perubatan Gleneagles yang berkata tanda-tanda tersebut "menunjukkan bahawa anda menghidap kencing manis tahap lanjut."

Ujian darah adalah satu-satunya cara untuk mengenal pasti kadar gula dalam darah. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anda mengalami tanda-tanda awal kencing manis jika kadar gula dalam darah ketika anda berpuasa adalah antara 6.1mmol/L hingga 6.9mmol/L. Anda menghidap penyakit kencing manis jika kandungan gula dalam darah adalah 7mmol/L atau lebih tinggi.

Gambar: Sumber Web

(Gambar: Stoyan Nenov/Reuters)

Tahukah anda bahawa sebarang makanan yang meningkatkan risiko berat badan berlebihan atau kegemukan adalah salah satu faktor risiko penyakit kencing manis?

PENYAKIT JANTUNG, KEROSAKAN GINJAL DAN MATI PUCUK

Inilah salah satu sebab anda tidak sepatutnya mengabaikan kadar gula dalam darah - apabila darah anda mengandungi kadar gula yang terlampau tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah yang membekalkan darah kepada organ-organ penting dalam tubuh anda.

Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah. Pertama sekali, anda akan rasa lebih penat, daya penglihatan anda akan menjadi kabur dan ia juga akan menjejas 'mood' serta tumpuan anda. Ia kemudian boleh menyebabkan penyakit jantung, serangan jantung, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan bagi kaum lelaki pula, masalah mati pucuk.

BUKAN SETAKAT GULA, BERAT BADAN JUGA MAIN PERANAN

Gambar hiasan Nasi Lemak. 

(Gambar: Rasa Sayang/Facebook)

Diet memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko tanda awal kencing manis, namun ia bukan setakat mengurangkan gula atau pencuci mulut.

Penyakit kencing manis Jenis 2 disebabkan oleh jumlah lemak yang berlebihan di dalam hati dan pankreas, menurut Profesor Roy Taylor dari Universiti Newcastle yang mengkaji gaya hidup para pesakit selama 40 tahun. Jumlah lemak di dalam hati boleh menjejas cara organ itu memberi respons kepada insulin dan menghasilkan terlalu banyak glukosa. Jumlah lemak yang berlebihan di dalam pankreas pula menyebabkan kegagalan pada sel-sel yang menghasilkan insulin.

Jika tidak dicegah, sekurang-kurangnya 35 peratus pesakit dengan tanda-tanda awal kencing manis boleh menghidap penyakit kencing manis Jenis 2 dalam tempoh lapan tahun.

Dr Khoo Chin Meng, seorang konsultan kanan dari Jabatan Endokrinologi di Hospital Universiti Nasional (NUH) berkata terdapat individu yang berisiko tinggi mengalami tanda-tanda awal kencing manis. Menurut beliau, mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau masalah kegemukan (dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang melebihi 30) membentuk sebahagian golongan tersebut.

Kumpulan-kumpulan etnik seperti kaum India dan Melayu juga berisiko tinggi mengalami masalah tersebut. Faktor-faktor lain termasuk sejarah keluarga yang berpenyakit kencing manis, sejarah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, kencing manis gestasi, sindrom polisistik ovari dan/atau berusia lebih 40 tahun.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan