Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bukan badan amal, bukan kaya, tapi suami isteri ini bantu 55 keluarga susah Ramadan ini

“Seorang lagi penduduk pula kehilangan kedua-dua kakinya dan baru sahaja turut kehilangan salah satu tangannya akibat penyakit kencing manis. Beliau turut tinggal sendirian,” kongsi Cik Siti lagi yang berusia 54 tahun, tentang kisah-kisah menyayat hati para penduduk yang menerima habuan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan badan amal, bukan kaya, tapi suami isteri ini bantu 55 keluarga susah Ramadan ini

Cik Siti Noranini Mohd Yaijb dan suaminya, Encik Mohd Hashim Mohd Sapari. (Gambar: Cik Siti Noranini Mohd Yaijb)

BERITAMediacorp: Tinggal lebih sebulan sahaja sebelum menjelangnya Ramadan. Lazimnya, ramai daripada kita yang akan berpusu-pusu ke bazar Ramadan untuk membeli juadah atau berbuka puasa. Namun masih ada orang Melayu/Islam kita yang hidup serba kekurangan, sehinggakan nasi dan telur pun sudah kira satu nikmat.

Lantaran sangat prihatin tentang keluarga-keluarga fakir miskin atau warga tua yang memerlukan, sepasang suami isteri bernama Cik Siti Noranini Mohd Yajib dan Encik Mohd Hashim Mohd Sapari akan menyingsing lengan untuk menghulurkan habuan makanan kepada 55 keluarga sedemikian pada bulan Mei nanti.

Cik Siti dan Encik Hashim sebenarnya bukanlah mewakili badan-badan kebajikan. Tetapi sekadar rakyat biasa yang berbekalkan niat dan semangat mahu membantu. BERITAMediacorp dimaklumkan, pada 13 Mei nanti, mereka akan mengagih-agihkan barang keperluan dapur kepada 50 keluarga susah di Blok 3 Jalan Bukit Merah. Ini termasuklah makanan seperti beras, gula, minyak, sabun, Milo, Nescafe, biskut, maggi dan makanan dalam tin.

Cik Siti sebenarnya seorang suri rumah yang menjual kuih dan makanan dari rumah. Suaminya pula seorang teknisyen. Bagaimana beliau dan suami membiayai barang-barang tersebut? Cik Siti memberitahu BERITAMediacorp, beliau sebenarnya mendapatkan sumbangan derma daripada kenalan-kenalan dan para pelanggannya menerusi Facebook. Dari situlah, muncul apa yang dipanggilnya Projek Sentuhan Kasih ini.

ANTARA DIBANTU: WARGA EMAS DENGAN ANAK KURANG UPAYA

MENGAPA BELIAU MULAKAN GERAKAN MULIA INI?

“Seorang lagi penduduk pula kehilangan kedua-dua kakinya dan baru sahaja turut kehilangan salah satu tangannya akibat penyakit kencing manis. Beliau turut tinggal sendirian,” kongsi Cik Siti lagi yang berusia 54 tahun, tentang kisah-kisah menyayat hati para penduduk yang menerima habuan tersebut.

Menurut Cik Siti, disebabkan beliau dahulu juga pernah mengalami keadaan susah, beliau memahami betapa payahnya dan sulitnya hidup dalam kemiskinan. Justeru, beliau berazam untuk membantu sebanyak yang beliau mampu demi memberi secebis sinaran kepada mereka yang memerlukan.

ANDA JUGA ADA NIAT MEMBANTU? INI DIPERLUKAN…

Untuk pengagihan bulan depan, antara barang keperluan yang belum lagi didermakan adalah seperti beras, kurma, buah dalam tin, kicap, susu pekat, kopi, teh, bijirin, kek dan kuih raya serta air oren. Meskipun, Projek Sentuhan Kasih ini kini sudah mendapat sokongan seramai 20 sukarelawan, Cik Siti berharap lebih ramai sukarelawan akan terlibat tahun ini.

Bagi sesiapa yang berniat untuk menderma ataupun berminat menjadi relawan bagi mengagihkan habuan tersebut kepada keluarga-keluarga yang memerlukan pada hari Ahad, 13 Mei, boleh menghubungi Cik Siti menerusi Facebooknya.

Tarikh terakhir bagi menderma sebarang barang keperluan atau wang tunai adalah pada hari Isnin, 30 April.

LAPORAN LAIN:

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan