Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Budak terpaksa jalani pembedahan otak setelah ibu picit bintik hitam pada hidung

Tangan ibunya yang tidak bersih menyebabkan jangkitan bakteria yang serius dalam tubuh budak perempuan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak terpaksa jalani pembedahan otak setelah ibu picit bintik hitam pada hidung

Gambar hiasan. (Gambar: CREDITJEAN-SEBASTIEN EVRARD / AFP)

Diterbitkan : 19 Dec 2017 07:32PM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 10:45PM

CHINA: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan menjalani pembedahan otak terbuka dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dikeluarkan. Ini setelah ibunya memicit bintik hitam atau ‘blackhead’ pada hidungnya.

Tangan ibunya yang tidak bersih menyebabkan jangkitan bakteria yang serius dalam tubuh budak perempuan itu, dakwa para doktor dari Guangzhou, selatan China.

Menurut laporan itu lagi jangkitan tersebut sampai ke bahagian otak budak perempuan itu melalui peredaran darah. Nanah sebesar lapan milimeter dikeluarkan daripada otak budak perempuan itu semasa pembedahan dijalankan, lapor Guangzhou Daily.

Menurut seorang pakar bedah otak, Xiang Yongsheng, di Hospital First Affiliated Universiti Jinan di Guangzhou, berkata budak itu hampir tidak sedarkan diri semasa dia dikejarkan ke hospital, lapor Daily Mail.

Menurut Dr Xiang, tekanan di dalam tempurung kepala Xiao Mei “amat tinggi” dan dia mengalami simptom-simptom yang sama seperti herniasi otak peringkat awal.

Tekanan tinggi dalam tempurung kepala mungkin disebabkan oleh nanah dan bahan-bahan lain yang terkumpul dalam otak akibat jangkitan bakteria.

Pembedahan kecemasan segera dijalankan pada hari yang sama setelah para doktor menyedari keadaan serius itu menerusi pemeriksaan MRI.

Menurut anggota keluarga Xiao Mei, dia mula mengalami demam, pening kepala dan mabuk sekitar dua minggu lalu. Pada mulanya mereka menyangka ia setakat selesema. Malah pemeriksaan awal doktor juga mengesahkan dia mengalami selesema, lapor Daily Mail.

Bagaimanapun, keadaan fizikalnya dikatakan semakin memburuk dan dikejarkan ke hospital.

Setelah bertanya keluarga Xiao Mei tentang gaya hidupnya, doktor mendapati bahawa ibu Xiao Mei memicit beberapa bintik hitam pada hidung Xiao Mei beberapa minggu sebelumnya. Menurut ibu Xiao Mei, beliau memicit bintik-bintik hitam tersebut sebelum mencuci tangannya.

Dr Xiang memutuskan perbuatannya itu sebgai punca penyakit Xiao Mei. Xiao Mei dikatakan mengalami jangkitan MRSA.

MRSA adalah jenis bakteria yang dapat bertahan daripada pelbagai antibiotik dan lebih sukar dirawat berbanding jangkitan lain, menurut NHS.

Dr Xiang berkata, pembuluh darah antara hidung dengan mulut terhubung langsung kepada otak. Doktor menasihatkan agar bintik hitam atau jerawat tidak dipicit, khususnya jika tangan seseorang tidak dibersihkan dengan betul.

Sumber : Agensi berita/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan