Images
  • mumbai boy
    Petikan skrin video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki digilis kereta. (Gambar: YouTube) 

Budak lelaki 'kebal', terus bangun selepas digilis kereta

MUMBAI: Seorang kanak-kanak lelaki, berusia lapan tahun, 'kebal' meskipun digilis oleh sebuah kereta dalam insiden yang berlaku di Mumbai pada Isnin lalu (24 Sep).

Insiden itu berlaku di pekarangan kawasan perumahan di Kamraj Nagar di Ghatkopar, Mumbai ketika kanak-kanak lelaki itu sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakannya, menurut laporan The Hindu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular menunjukkan seorang wanita memasuki kenderaannya dan kanak-kanak lelaki berkenaan - yang dikenal pasti sebagai Rahesiya Amit Mathur - berhenti seketika untuk membetulkan tali kasutnya.

Beliau kemudian dilanggar oleh kereta yang dipandu wanita itu.

Berdasarkan rakaman CCTV, kanak-kanak berkenaan digilis dan masuk bahagian bawah kereta tersebut.

Beliau bagaimanapun selamat dan dengan segera bangun selepas dilanggar. Kanak-kanak lelaki itu dikatakan hanya mengalami cedera ringan.

Lebih mengejutkan lagi, beliau dilihat terus berlari ke arah rakannya dan kembali bermain seperti biasa.


Wanita yang melanggarnya bagaimanapun terus meninggalkan kawasan tersebut selepas melanggar kanak-kanak itu, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sedang video itu menular, rakyat India dan para netizen menggesa pihak Polis Dindoshi supaya memburu wanita tersebut.

Menurut The Hindu, Polis Dindoshi akhirnya berjaya mengesan kompleks perumahan itu serta memberkas wanita berkenaan, yang dikenal pasti sebagai Shraddha Manoj Chandrakar, 42 tahun, atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dengan cuai.

The Hindu menukil S. C. Dewoolkar, seorang pegawai, sebagai berkata bahawa wanita itu sudahpun dibebaskan dengan ikat jamin pada Rabu lalu (26 Sep).

Insiden tersebut menyebabkan polis dan banyak masyarakat untuk menyemak status kenderaan yang diletakkan di pekarangan perumahan, di mana kanak-kanak juga bermain, serta mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan. 

- Agensi berita/AI/ai

Top