Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Boleh 'mabuk' keju! Piza ini miliki sehingga 111 jenis keju

Adakah anda antara mereka yang sering meminta keju tambahan pada hidangan piza? Mungkin itu masih tidak dapat menandingi jumlah keju yang terdapat pada piza ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Boleh 'mabuk' keju! Piza ini miliki sehingga 111 jenis keju

(Gambar: Petikan skrin video Youtube/ Guinness World Record)

Diterbitkan : 04 Apr 2018 07:12PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 07:20PM

BERLIN: Adakah anda antara mereka yang sering meminta keju tambahan pada hidangan piza? Mungkin itu masih tidak dapat menandingi jumlah keju yang terdapat pada piza ini.

Bukan satu atau dua jenis keju, tetapi piza ini mempunyai sehingga 111 jenis keju! Yang nyata, piza dengan jumlah keju terbanyak di dunia ini memecah Rekod Dunia Guinness, seperti ditukil NDTV.com.

Menurut Rekod Dunia Guinness, piza tersebut dihasilkan menggunakan "campuran keju klasik dan khas, termasuk mozzarella, Emmental, Red Leicestershire, Comte and Raclette de Chevre."

Dalam nukilan NDTV.com, piza yang lazat itu juga dibakar di sebuah acara yang dianjurkan khidmat tempahan dan penghantaran piza di Berlin, Jerman.

Menariknya, piza itu mengandungi sekitar 288.6 gram keju - dengan hanya 2.6 gram bagi setiap jenis. Malah, untuk ditimbangkan bagi Rekod Dunia Guinness, piza itu juga harus dihasilkan pada saiz "standard", iaitu pada garis pusat 12 inci.

"111 keju? Saya tidak tahu wujudnya begitu banyak keju!" tulis seorang individu di ruangan komen.

"Nampak enak! Tidak sepatutnya menonton ketika berasa lapar," ujar seorang lagi, seperti dipetik NDTV.com.

Yang pasti, segala perkongsian mengenai piza ini membuat kami berasa lapar, dan kami tahu kami tentu bukan bersendirian.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan