Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berpuasa dapat memelihara kesihatan mulut dan gigi anda

Tentu sekali kita pernah terbaca artikel-artikel atau mendengar nasihat tentang manfaat berpuasa untuk kesihatan kita.

Anggaran Waktu Membaca:
Berpuasa dapat memelihara kesihatan mulut dan gigi anda

Gambar fail seorang sedang memberus gigi. (Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 21 May 2018 04:10PM Dikemas Kini : 21 May 2018 04:18PM

MERDEKA.COM: Tentu sekali kita pernah terbaca artikel-artikel atau mendengar nasihat tentang manfaat berpuasa untuk kesihatan kita.

Namun tahukah anda, bukan sahaja sistem penghadaman dan tubuh kita yang dapat manfaat daripada berpuasa? Bahkan berpuasa juga baik untuk kesihatan mulut serta gigi kita.

Inilah antara manfaat berpuasa untuk kesihatan mulut:

1. MENCEGAH PENYAKIT PERIODONTITIS

Berpuasa dapat membantu menjaga kesihatan gusi dan tisu di sekeliling gigi. Ia mengelakkan terjadinya keradangan di celah-celah gusi serta tisu di sekeliling gigi.

Tetapi berpuasa sahaja tidak mencukupi untuk menjaga kesihatan gigi. Amalkan berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi yang mengandungi flourida.

2. CEGAH KEROSAKAN GIGI

Lebih banyak makanan yang kita masukkan ke dalam mulut, lebih banyak lagi kuman serta bakteria di dalam rongga mulut kita. Apabila berpuasa, anda tidak makan atau minum selama belasan jam lamanya. Dengan itu, jumlah kuman di dalam mulut juga berkurangan, dan kerosakan pada gigi dan jangkitan rongga mulut dapat dielakkan.

Dengan menjaga kebersihan mulut dengan lebih rapi semasa bulan puasa ini, penyakit penghadaman dan penyakit jantung dapat dielakkan juga!

3. JAGA KESEIMBANGAN FLORA (BAKTERIA) DI DALAM MULUT

Puasa memberikan waktu kepada organ-organ tubuh untuk berehat sejenak. Ini juga akan menjejas keseimbangan flora atau bakteria di dalam rongga mulut, sehingga tidak terjadinya gigi yang berlubang dan kerosakan pada gusi.

Selain itu juga, flora di dalam mulut juga membuatkan kuman-kuman mengeluarkan gas VSC (Volatile Sulphuric Compounds) yang menyebabkan bau di mulut.

Jika anda berpuasa serta mengamalkan kebersihan mulut dengan baik, ini bermakna anda tidak perlu risau mulut anda akan berbau busuk. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan