Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berlian merah jambu cipta rekod baru

Berlian merah jambu 19 karat yang luar biasa berjaya dilelong dengan harga AS$50 juta (S$69 juta), menurut rumah lelongan Christie, menjadikannya rekod baru untuk permata yang sejenisnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Berlian merah jambu cipta rekod baru

Berlian merah jambu. (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 05:57PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 07:26PM

GENEVA: Berlian merah jambu 19 karat yang luar biasa berjaya dilelong dengan harga AS$50 juta (S$69 juta), menurut rumah lelongan Christie, menjadikannya rekod baru untuk permata yang sejenisnya.

Diberi nama ‘The Pink Legacy’, ia pernah menjadi milik keluarga Oppenheimer pemilik syarikat permata De Beers, sebelum diperolehi jenama mewah Amerika Harry Winston, sebahagian daripada kumpulan Swiss Swatch.

“AS$2.6 juta (S$3.6 juta) bagi setiap karat adalah rekod dunia untuk berlian merah jambu,” kata Ketua Rumah Lelongan Christie Eropah, berhubung harga keseluruhan termasuk semua bayaran dan komisyen.

“Berlian ini tidak ubah seperti berlian Leonardo da Vinci,” tambah beliau.

Menurut rumah lelongan Christie, berlian 18.96 karat itu ditemui di lombong di Afrika Selatan, beberapa abad lalu. Ia mula dipotong pada 1920-an dan sejak itu tidak pernah diubah suai.

Berlian itu dinamakan ‘Winston Pink Legacy’ oleh pembelinya.

Ketua Berlian Christie Antarabangsa, Rahul Kadakia menjelaskan berlian itu adalah ‘salah satu berlian terbaik di dunia’. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan