Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berapa kerap anda perlu cuci rambut? Ini jawapannya…

Berapa kerap anda mencuci rambut? Seminggu sekali atau setiap hari? Mungkin ada juga yang sudah terbiasa mencuci dan syampu rambut setiap kali mereka mandi. Malah topik ini turut dibahaskan online. Jadi apakah jawapannya?

Anggaran Waktu Membaca:
Berapa kerap anda perlu cuci rambut? Ini jawapannya…

Gambar hiasan. (Gambar: LEON NEAL / AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2017 12:19AM Dikemas Kini : 26 Aug 2017 12:39AM

SINGAPURA: Berapa kerap anda mencuci rambut? Seminggu sekali atau setiap hari? Mungkin ada juga yang sudah terbiasa mencuci dan syampu rambut setiap kali mereka mandi. Malah topik ini turut dibahaskan online. Jadi apakah jawapannya?

Sebenarnya, tidak ada sebarang garis panduan yang menetapkan berapa kerap rambut perlu dibasuh; sebaliknya ia bergantung kepada jenis rambut anda, lapor laman Independent.

Rambut yang tebal dan kerinting boleh dibiarkan tanpa dibasuh selama beberapa hari, namun seseorang yang memiliki rambut tipis dan lurus tidak boleh dibiarkan sedemikian.

Begitu juga, rambut yang sudah banyak diproses juga memainkan peranan mencegah minyak pada bahagian kulit kepala daripada menyelaputi rambut dengan pantas, lapor laman Independent.

Mereka yang memiliki mahkota kerinting perlu berhati-hati untuk tidak terlalu kerap mencuci rambut, manakala kulit kepala yang berminyak lebih mudah kelihatan pada rambut yang lurus dan halus. Oleh itu ia mungkin perlu dibasuh setiap selang sehari.

Kesimpulanya, mencuci rambut setiap hari boleh menghapuskan minyak asli atau ‘sebum’ yang diperlukan rambut untuk kekal sihat. Jadi, jika dibasuh terlalu kerap ia menyebabkan rambut anda kering dan bercabang.

Sekiranya anda mengurangkan kekerapan membasuh rambut setiap minggu, lama kelamaan anda akan menyedari rambut anda tidak perlu dicuci terlalu kerap.

Paling kerap, anda boleh mencuci rambut setiap selang sehari namun jika boleh ditunggu selang dua hari atau sekali seminggu, ia lebih baik. Sekiranya rambut kelihatan berminyak, anda boleh mencuba syampu kering atau ‘dry shampoo’ pada kulit kepala untuk menyerap lebihan minyak, lapor Independent.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan