Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Benarkah ada mesin dispenser sabun bersifat ‘racist’?

Video itu, yang kini mendapat lebih ribuan ‘likes’ dan ‘retweet’, menjadi viral dan mencetus perbahasan antara para netizen.

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah ada mesin dispenser sabun bersifat ‘racist’?

Petikan skrin mesin dispenser sabun yang diperbahaskan. (Gambar: Twitter/ @nke_ise)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 10:40PM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 10:48PM

BERITAMediacorp: Pernahkah anda mendengar mesin dispenser sabun bersifat perkauman?

Itulah yang didakwa seorang pengguna Twitter selepas beliau merakam mesin itu mengeluarkan sabun kepada seorang lelaki berkulit putih tetapi tidak pula kepada beliau yang berkulit gelap.

Video itu, yang kini mendapat lebih ribuan ‘likes’ dan ‘retweet’, menjadi viral dan mencetus perbahasan antara para netizen.

Video tersebut, yang dimuat naik Chukwuemeka Afigbo dan sepanjang 45 saat, menunjukkan seorang lelaki berkulit putih mendapat sabun selepas meletakkan tangannya di bawah mesin itu.

Kemudian, seorang lelaki yang berkulit gelap melakukan perkara yang sama tetapi tidak pula mendapat sabun.

Laman NDTV pula menyatakan lelaki itu kemudian membalut tangannya dengan tisu putih dan meletakkan tangannya di bawah mesin tersebut. Dan kini, mesin itu mengeluarkan sabun pula!

“Jika anda berdepan dengan masalah mengenai pentingnya kepelbagaian dalam teknologi dan kesannya terhadap masyarakat, tontonilah video ini,” kata Encik Afigbo seperti ditukil NDTV.

BUKAN PERKARA PERTAMA SEDEMIKIAN YANG BERLAKU

Pada 2015 sebenarnya, sebuah video yang serupa mencetus perbalahan juga. Sebuah mesin dispenser di Hotel Marriott di bandar Atlanta tidak mengeluarkan sabun kepada lelaki berkulit gelap.

“Saya cuba semua mesin dispenser di tandas itu. Ada dalam 10 dan satu pun tidak berfungsi,” kata orang yang rakam video itu, TJ Fitzpatrick kepada Mic.

“Setiap kali saya ke tandas berkenaan, saya perlu meminta tolong rakan saya untuk mendapatkan sabun.”

Naib Presiden Produk Particle Richard Whitney memberitahu Mic pada 2015 bahawa dispenser sebegitu menggunakan teknologi inframerah untuk mengeluarkan sabun.

Apabila cahaya daripada bulba LED inframerah memantul daripada tangan, ia akan mengeluarkan sabun.

“Jika objek itu menyerap cahaya itu, sensor itu tidak dapat mengesan cahaya yang cukup,” katanya kepada Mic.

Video baru itu pula mendapat pelbagai reaksi di Twitter. Walaupun ada sebilangan pengguna yang bersetuju dengan Encik Afigbo, ramai juga menyatakan kelemahan teknolgi yang sepatutnya dipersalahkan. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan