Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Barah hidung: 90% peluang sembuh jika dapat rawatan awal

Barah hidung seperti ‘Nasopharygeal carcinoma’ mempunyai peluang sehingga 90 peratus untuk sembuh jika didiagnosis dan dirawat awal.

Anggaran Waktu Membaca:
Barah hidung: 90% peluang sembuh jika dapat rawatan awal

Gambar fail seorang doktor. (Gambar: AFP/Joe Raedle)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 08:48PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 08:54PM

GEORGE TOWN: Barah hidung seperti ‘Nasopharygeal carcinoma’ mempunyai peluang sehingga 90 peratus untuk sembuh jika didiagnosis dan dirawat awal.

Demikian menurut Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Cawangan Pulau Pinang.

Pengerusinya Dr T. Devaraj berkata antara simptom biasa barah hidung ialah pendarahan hidung, bunyi berdengung pada sebelah telinga serta bengkak pada leher dan mereka yang mempunyai simptom terbabit disarankan berjumpa doktor secepat mungkin bagi mendapatkan diagnosis awal.

“Jika dikesan awal, ada peluang 80 hingga 90 peratus untuk sembuh,” katanya kepada para wartawan selepas sidang media bersempena ‘The 14th Relay for Life Penang 2018’, hari ini (25 Sep).

Beliau diminta mengulas mengenai keadaan semasa jaguh badminton nombor satu negara Lee Chong Wei yang disahkan didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal pada Ahad lalu (23 Sep).

Mengulas lanjut, Dr Devaraj berkata menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), barah tidak lagi perlu dianggap sebagai hukuman mati kerana pada masa kini terdapat kaedah untuk mengurangkan penderitaan serta meningkatkan kadar hayat dan mutu hidup penghidap.

Malah katanya 30 hingga 50 peratus barah boleh dicegah menerusi amalan gaya hidup sihat.

“WHO melaporkan kira-kira satu pertiga kematian akibat barah adalah disebabkan merokok, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran, tidak bersukan selain pengambilan alkohol,” katanya, sambil menambah merokok sahaja mengakibatkan kira-kira 20 peratus kematian akibat barah.

Selain faktor genetik, Dr Devaraj berkata faktor persekitaran dan gaya hidup individu juga menyumbang kepada risiko menghidap barah hidung.

Katanya sekitar 80 hingga 90 peratus barah amnya dikaitkan dengan punca persekitaran dan kira-kira 10 peratus dikaitkan dengan genetik.

“Bukan sahaja kaum Cina Malaysia dan Kadazan tetapi juga mereka dari Asia Tenggara dan selatan China berisiko menghidap penyakit itu dan sudah pasti merokok, tidak bersukan serta obesiti meningkatkan risiko,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan