Images
  • logo apple
    Logo syarikat Apple. (Gambar: Reuters)

Bank bantu mangsa penipuan iTunes; lebih banyak kes terbongkar

SINGAPURA: Bank-bank di Singapura menyatakan bahawa langkah-langkah sudah dilaksanakan bagi membantu para mangsa penipuan iTunes di mana urus niaga palsu menjejas berpuluh-puluh pemilik akaun.

Para mangsa melaporkan bahawa mereka kehilangan antara beberapa ratus hingga beribu-ribu dolar daripada akaun debit mereka dan dikenakan bayaran pada kad kredit mereka dari bank-bank termasuk OCBC, DBS dan HSBC.

Bagi OCBC sahaja, terdapat sekitar 58 urus niaga yang tidak diluluskan pada bulan Julai.

"Selepas mengesahkan bahawa urus niaga itu adalah palsu, kami melaksanakan langkah-langkah dan buat masa ini sedang membantu para pemegang kad yang terjejas melalui proses caj balik," kata Encik Vincent Tan, ketua kad-kad kredit OCBC Bank.

Para pelanggan DBS yang membuat aduan tentang urus niaga yang dilakukan tanpa pengetahuan mereka akan menerima kredit sementara sedang pihak bank menyiasat pertikaian caj, menurut OCBC.

Sejak laporan pertama Mediacorp tentang dakwaan penipuan iTunes semalam (22 Jul), kian ramai yang mengongsi tentang perkara ini di media sosial. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka kehilangan sehingga S$7,000. 

- CNA/AQ/aq

Top