Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bakar diri semata-mata untuk dapat 'likes' di media sosial

Selepas 'Cabaran Momo' atau 'Momo Challenge', timbul pula satu lagi cabaran baru iaitu 'Cabaran Api' yang memerlukan golongan muda untuk membakar diri sendiri semata-mata untuk meraih populariti di media sosial dan mendapat lebih banyak 'likes' atau 'tanda suka'.

Anggaran Waktu Membaca:
Bakar diri semata-mata untuk dapat 'likes' di media sosial

Timiyah Landers mengalami luka terbakar di sebanyak 49 peratus pada tubuhnya. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 19 Nov 2018 02:40PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 02:48PM

LONDON: Selepas 'Cabaran Momo' atau 'Momo Challenge', timbul pula satu lagi cabaran baru iaitu 'Cabaran Api' yang memerlukan golongan muda untuk membakar diri sendiri semata-mata untuk meraih populariti di media sosial dan mendapat lebih banyak 'likes' atau 'tanda suka'.

Namun menurut laporan Metro, ramai daripada mereka dimasukkan ke hospital kerana mengalami kelecuran parah, dengan beberapa daripada mereka memerlukan pembedahan dan rawatan sokongan hidup akibat permainan online yang amat berbahaya itu.

Jumlah 'bintang media sosial' yang dimasukkan ke hospital akibat kelecuran parah semakin meningkat, lapor Metro yang menerima pengesahan daripada seorang kakitangan di unit kelecuran di Hospital Morriston di Swansea.

Pihak berkuasa enggan mendedahkan jumlah mangsa yang terlibat dalam cabaran itu, namun ia mengeluarkan amaran bagi menasihati para remaja supaya jangan menyahut cabaran tersebut.

Pada Ogos lalu, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa terbaru selepas menyahut cabaran tersebut.

Timiyah Landers mengalami luka terbakar di sebanyak 49 peratus pada tubuhnya, lapor Metro.

Cabaran api itu berasal dari Amerika Syarikat dan bermula pada 2012 selepas seorang Youtuber bernama '1BlazinEagle1', memuat naik video memaparkan api dinyalakan di atas dadanya.

Video berkenaan ditonton lebih 100,000 kali dan lebih memeranjatkan lagi, terdapat para remaja yang menyahut cabaran tersebut.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan