Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Baju Melayu dikecam seperti pakaian menyusukan anak, ini penjelasan pereka

 Pelakon Erry Putra mengakui tindakan netizen yang mengecam koleksi rekaan baju Melayu pakaiannya secara tidak langsung menjejaskan perniagaannya, tetapi meningkatkan hasil jualan secara mendadak.

Anggaran Waktu Membaca:
Baju Melayu dikecam seperti pakaian menyusukan anak, ini penjelasan pereka

Gambar-gambar: UA_Butik/Instagram

Diterbitkan : 26 May 2018 09:55PM Dikemas Kini : 26 May 2018 10:42PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Erry Putra mengakui tindakan netizen yang mengecam koleksi rekaan baju Melayu pakaiannya secara tidak langsung menjejaskan perniagaannya, tetapi meningkatkan hasil jualan secara mendadak.

Menurut Erry, beliau ingin berterima kasih kepada netizen kerana menularkan rekaan pakaiannya dan memberi pengiklanan percuma kepada pakaian yang dikeluarkan itu, lapor Utusan Online.

“Sejak petang semalam, beberapa keping foto memperlihatkan saya dan adik tiri saya menggayakan baju berkenaan mula tular di pelbagai laman sosial.

“Berdasarkan komen netizen, ramai berpendapat, rekaan baju Melayu itu menyerupai pakaian yang direka khas untuk kemudahan ibu menyusukan bayi mereka.

“Bagaimanapun, jika dilihat secara dekat, koleksi itu menggabungkan tiga baju tradisi mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu baju Melayu, kurta dan samfu.

“Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan UA Butik dalam menghasilkan baju Melayu dan rekaannya adalah hasil perbincangan kedua-dua belah pihak," katanya kepada Utusan Online.

Tambah Erry, baju berkenaan dikeluarkan dalam 20 warna pilihan dengan tiga rekaan berbeza dan boleh dibeli secara langsung di butik yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam atau secara online menerusi laman Instagram @UA_butik.

 

 


Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan