Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Awas! Perisian hasad "Bankbot" di Google Play Store

Awas! Sebuah 'malware' atau perisian hasad sedang bersembunyi di Google Play Store. Ia boleh menembusi aplikasi bank sekaligus mencuri wang daripada pengguna Android, menurut pakar keselamatan siber.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Perisian hasad "Bankbot" di Google Play Store

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 21 Nov 2017 09:16PM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 09:37PM

BERITAMediacorp: Awas! Sebuah 'malware' atau perisian hasad sedang bersembunyi di Google Play Store. Ia boleh menembusi aplikasi bank sekaligus mencuri wang daripada pengguna Android, menurut pakar keselamatan siber.

Buat masa ini, perisian hasad yang dikenali sebagai "Bankbot" itu dikesan di beberapa negara termasuk Singapura dengan aplikasi bank terkemuka seperti Citibank antara yang terjejas.

"Bankbot" menyamar sebagai app lampu suluh percuma (flashlight) ataupun permainan video yang boleh dipercayai menurut satu laporan oleh Azast, ESET dan Sfylabs. Laporan itu mendakwa bahawa "beribu-ribu pengguna Android" terjejas oleh perisian hasad itu beberapa bulan ini setelah versi yang baru menembusi Play Store.

Apabila pengguna muat turun aplikasi-aplikasi yang dijangkiti "Bankbot", ia akan menunjukkan antara wajah laman web bank yang terkenal. Dengan cara itu, pengguna mudah terpedaya untuk memberi maklumat bank, membolehkan perisian hasad itu mencuri wang daripada akaun mereka.

Menurut laporan The Daily Dot, terdapat beberapa cara untuk melindungi daripada ditipu "BankBot". Antara saranannya adalah jangan muat turun app lampu suluh terutama sekali sekiranya ia mempunyai rating pengguna yang rendah. Selain itu, jika anda mendapati bahawa aplikasi bank anda kelihatan berbeza seperti biasa, turunkan aplikasi itu ataupun buat aduan kepada pihak bank.

Namun, cara yang terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan membaca permohonan sesebuah aplikasi itu sebelum memuat naiknya. Jika aplikasi lampu suluh memohon untuk mendapatkan akses kepada mesej-mesej anda, ia harusnya menimbulkan kecurigaan.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan