Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Awas, kata-kata negatif dan kesat sering diucapkan ketika mengigau

Pernahkah anda khuatir kata-kata yang keluar dari mulut ketika mengigau? Anda mungkin sahaja dapat mengawal kata-kata yang diucapkan dalam keadaan sedar tetapi ini mungkin tidak dapat dilakukan ketika anda sedang tidur.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas, kata-kata negatif dan kesat sering diucapkan ketika mengigau

(Gambar hiasan: Shutterstock)

Diterbitkan : 02 Feb 2018 04:57PM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 05:00PM

DUBAI: Pernahkah anda khuatir kata-kata yang keluar dari mulut ketika mengigau? Anda mungkin sahaja dapat mengawal kata-kata yang diucapkan dalam keadaan sedar tetapi ini mungkin tidak dapat dilakukan ketika anda sedang tidur. Demikian menurut para penyelidik seperti yang ditukil agensi berita Arab News.

Seorang penyelidik dari Perancis, Dr Isabelle Arnulf mendapati hampir 25 peratus peserta yang terlibat dalam kajiannya mengatakan sesuatu yang negatif saat mereka sedang tidur. Malah, ada yang mengeluarkan kata-kata kesat, lapor laman Medical News Today.

Seramai 235 peserta dewasa terlibat dalam kajian tersebut. Daripada jumlah itu, 87 didapati berjalan dalam tidur atau mengalami mimpi buruk. Dr Arnulf juga mendapati 24 peratus kata-kata yang diucapkan semasa tidur bersifat negatif sementara 22 peratus lagi mengandungi kata-kata kesat.

"Apa yang kami ketahui sekarang ialah bercakap ketika kita sedang tidur sangat serupa jika dia bercakap ketika dalam keadaan sedar, daripada segi tatabahasa, respons seperti berdiam ketika menunggu jawapan dan sebagainya," kata Dr Arnulf.

"Perbezaannya bersifat kualitatif: bahasanya negatif, kasar dan semuanya ditujukan kepada seseorang dan bukan dirinya sendiri," tambah beliau.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan