Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Awalnya sekadar 'YouTuber', budak 6 tahun kini jutawan dengan jenama mainan sendiri

Jutawan cilik Ryan, 6, yang terkenal menerusi salurannya di YouTube ‘Ryan ToysReview’ kini mempunyai koleksi mainan kanak-kanak dengan jenamanya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Awalnya sekadar 'YouTuber', budak 6 tahun kini jutawan dengan jenama mainan sendiri

Ryan menjadi bintang YouTube dan kini memasarkan mainan jenamanya sendiri. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 07:33PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 07:34PM

REUTERS: Jutawan cilik Ryan, 6, yang terkenal menerusi salurannya di YouTube ‘Ryan ToysReview’ kini mempunyai koleksi mainan kanak-kanak dengan jenamanya sendiri.

Permainan seperti slime, anak patung, termasuk pakaian jenamanya akan mula dipasarkan di pasar raya terkemuka Walmart Inc mulai bulan ini.

Ryan bekerjasama dengan PocketWatch dan memilih sendiri 13 jenis permainan dan pakaian yang akan dijual di bawah nama 'Ryan's World'.

Mainan-mainan yang dijual turut disertakan dengan hadiah misteri. Ia akan mula dijual di Walmart pada 6 Ogos ini.

Kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali dengan nama Ryan ini, mula terkenal menerusi video-video yang dimuat naik ke laman YouTube di mana beliau sering memberi ulasan tentang mainan-mainan yang dijual di pasaran.

Sebelum ini, ibu bapa Ryan hanya memuat naik gelagat beliau bermain Lego. Ryan berusia tiga tahun ketika video tersebut dikongsi di laman YouTube.

Buat masa ini, saluran YouTubenya diikuti lebih 15 juta pengguna YouTube dan lebih 23 bilion sudah menonton video-videonya.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan