Images
  • diabetes assessment
    Pesakit diabetes memantau kondisinya dengan 'glucometer'. (Gambar: AFP/Elmer Martinez)

Aspek landskap prasarana mampu tangani penyakit kencing manis?

SINGAPURA: Huraian baru dalam usaha mencegah penyakit kencing manis bakal dibincangkan dalam Sidang Puncak Bandar-Bandar Sedunia minggu depan.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kajian mendapati reka bentuk bandar mampu membantu menangani kadar penyakit kencing manis dalam sebuah masyarakat.

437 juta orang menghidapi kencing manis di dunia. Lebih 60 peratus daripada pesakit kencing manis pula tinggal di kawasan bandar. Ini membuktikan sekitaran bandar merupakan benteng pertama dalam usaha melawan penyakit tersebut.

USAHA GALAK GAYA HIDUP SIHAT DALAM BANDAR

Lantaran itu, satu inisiatif global berusaha mencegah penyakit kencing manis dengan tidak sekadar memberi nasihat untuk bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.

Perancangan bandar seperti prasarana bagi menggalakkan orang ramai bergerak aktif juga penting. Sebagai contoh, skim kongsi basikal di Mexico City yang berjaya meningkatkan kegiatan fizikal para penduduknya.

Sejak dilancarkan lapan tahun lalu, ia digunakan lebih 100,000 penduduk. Hasilnya 80 peratus daripada mereka menikmati mutu hidup lebih baik.

FAKTOR MASA HALANGAN UTAMA DI S'PURA

Di negara ini, dapatan menunjukkan halangan utama untuk mengamalkan gaya hidup sihat adalah faktor masa.

Dianggarkan 10 peratus rakyat tempatan menghidapi penyakit kencing manis manakala hampir 8 peratus mengalami masalah berat badan berlebihan.

Perancangan bandar boleh membantu dalam menggalakkan orang ramai untuk lebih aktif. Umpamanya, negera boleh menerapkan reka bentu aktif di ruang-ruang masyarakat dan meluaskan rangkaian penghubung taman.

Perkara sebegini masih diusahakan sedang lebih banyak inisiatif dilancarkan merata negara. Dengan tahap kesedaran lebih baik dalam kalangan masyarakat juga, penyakit ini diharapkan mampu ditangani.  

- CNA/RU/aq

Top