Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Arab Saudi bakal pecah rekod dunia bunga api, bendera terbesar

Arab Saudi sedang bersiap sedia untuk mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness dengan mengadakan pertunjukan bunga api paling banyak serta mengibarkan bendera negara yang terbesar di dunia sempena sambutan Hari Kebangsaannya yang ke-88 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi bakal pecah rekod dunia bunga api, bendera terbesar

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 05:18PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 12:40AM

RIYADH: Arab Saudi sedang bersiap sedia untuk mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness dengan mengadakan pertunjukan bunga api paling banyak serta mengibarkan bendera negara yang terbesar di dunia sempena sambutan Hari Kebangsaannya yang ke-88 tahun.

Menurut laporan Saudi Gazette, Penguasa Hiburan Am baru-baru ini mengeluarkan Kalendar Hari Kebangsaan yang menampilkan pelbagai program dan acara, yang akan diadakan dari 19 hingga Hari Kebangsaan Arab Saudi pada 23 September.

Lebih 900,000 percikan bunga api dari lebih 58 lokasi di merata Arab Saudi akan mewarnai ruang udara itu secara serentak.

Saudi Gazette menambah, pertunjukan yang akan menampilkan jumlah terbanyak bunga api itu akan menjadi pertunjukan terbesar seumpama itu di dunia, sekaligus mencecah rekod dunia. Demikian menurut kenyataan GEA yang ditukil oleh Agensi Akbar Saudi (SPA).

Sebanyak 300 dron juga akan digunakan dalam acara laser bagi mereka bendera negara terbesar yang berukuran sepanjang 400 meter dan seluas 350 meter, menurut Saudi Gazette.

Acara sarkas, Karnival Kebangsaan dan "Kisah Kegemilangan" atau "Story of Glory" adalah antara acara-acara yang bakal diadakan di ibu kota Riyadh.

Sementara itu, acara-acara kebudayaan dan sukan, pesta warisan, pertunjukan budaya rakyat dan seni, konsert muzik dan bacaan sajak serta tayangan filem-filem dokumentari akan diadakan di merata negara itu sempena Hari Kebangsaan Arab Saudi itu.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan